Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 20, 2010

Musim demam...

Assalamualaikum semua..

Panasnye cuaca sejak akhir2 ni kan..ramai yang demam sekarang ni..semalam lalu depan klinik UIA, ramai la jugak patient..Semoga kalian semua cepat sembuh..

Hmm..cite pasal orang lain, tuan empunya blog ni pun kurang sihat..Muna gunakan term kurang sihat n bukan demam..berbeza tu..Bukan ape..Muna kompius dengan status kesihatan Muna skrg..cehh..nak kata demam, xla panas sgt..tp x stabil la jugak langkah bila berjalan. nak kata pening, tak. cuma rasa berat je mata ni (sakit di sekeliling mata). Badan lemah je. Tapi yang kompem, batuk..mmm..sakit + perit tekak..huu...

Ahli keluarga Muna pun ramai yang demam..mengikut statistik..eh, takde2..hehe..mula2 Danial anak Abg Teh demam..teruk..demam panas..sampai sawan, x sedarkan diri, kancing gigi & lebam2 badan..Abg Teh cadang nak tggu ambulans, tp dah x sempat nak tggu, bawak je terus ke KSH (Kuantan Specialist Hospital)..Danial masuk ICU n doc nak ambik air tulang belakang, tp Abg Teh x izinkan..Alhamdulillah, pas dipindahkan ke wad biasa, keadaan Danial beransur pulih..Moga Danial terus diberi kekuatan dan cepat sembuh ye sayangku...

Kemudian Angah & Danish pulak demam. Angah x selera makan, terbalik pulak dengan adiknye..wuih, kemain demand lagi..mintak KFC aje..haha..tp yang tak tahan tu, mak tanya, 'cian anje (danish) nenek demam, nenek suap nasi nak. ada lauk ayam, ikan..' Menggeleng kepala si kecik tu..tp bila nenek dia tanya, '..nenek goreng ikan masin nak?.. Laju je mengangguk..abis 2 pinggan nenek dia suap mkn nc + ikan masin..ish3..adik demam do'oh..sama macam che una..hehe..

Pastu baru jap tadi along call. Mak demam..mak jarang demam..susah hati bila dgr. Mujur ada along n kuage abg Ngah tido umah..pastu duk borak2 dengan Along, dengar suara mak..Alhamdulillah..naluri seorang ibu kuat. Mak tanya Muna batuk ke..waa..sedihnye..tp senang je nak detect..bukan ape pun..sbb suara che una dh x ubah macam kartun Donald Duck..haha..payah betoi nk bercakap hr ni org xpaham pe Muna cakap. Sbb suara Muna tenggelam timbul..hmmm...xpela.

Eh, dah lewat..patut la mata dh bagi signal..ok la..t Muna muncul lagi dgn cite terbaru okkayyy !! papai sume..ASSALAMUALAIKUM..

Tuesday, February 2, 2010

Gajah oh Gajah..

Assalamualaikum semua..

Apa khabar iman ? Apa khabar Islam ? Apa khabar diri kamu semua ? Moga-moga berada di dalam keadaan yang sihat..Muna di saat ini kurang cihat..tak tau la..dizzy..mata pun pedih je..mmm, xpela..

Untuk post kali nie, nak kongsi dengan semua pasal aktiviti terbaru keluarga Muna..tapi x ada la semua ahli keluarga yang join..ada 4 keluarga yang tak ada..masing-masing tak balik kampung masa tue, so terlepas le detik-detik indah tue.jangan jeles..hehe..

Boleh kira dengan jari je yang keluarga kami boleh berkumpul semua..bukan sebab gaduh le..hehe..tak baik tau..bukan ape..masing-masing ada komitmen.Biasanya atas urusan keroje..tapi biasa muka-muka yang wajib ada dalam setiap event, tentulah tuan rumah ni..siapa? I la tu..haha..pastu Along, Abg De. Yang lain jarang-jarang. Duduk jauh then waktu kerja yang tidak boleh dijangka..hmmm..harap2 menjadi la hari keluarga kami tahun ni..sebelum ni ada je kekangan..

Panjang pula berceloteh..balik semula pada tujuan asal..ok.

Lebih kurang 2 minggu lepas (17 januari 2010), kami - mak, abh, kuage Along, kuage Abg de, kuage Arid dan kuage Muna,eh2..takde lagi..hehe..telah melawat ke Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, di Lanchang Pahang. Idea asalnya datang dari Arid le..dalam pukul 10 pagi dia telefon ke umah ajak pegi tgk gajah. Apalagi, dah namanye klu pegi berjalan, confirm tak tolak punya..

Mak pun terus g memasak..nak berkelah t kat situ. Makan sambil landing atas gajah..hehe..So, kami bertolak dari umah pukul 11.30 pagi. Sampai tol lanchang benti jap tunggu Abg de yang lewat cikit bertolak dari umah dia..Dalam pukul 1.15 baru la ahli konvoi lengkap dan kami bergerak ke tmpat gajah tu.

Exit dari tol lanchang, dh ada papan tanda ke kanan nak pergi situ..tak jauh dah..lbih kurang 15km kot (hentam je ni, tp tak jauh la). Sepanjang perjalanan, ada kawasan perkampungan, umah-umah orang asli, hutan simpan dan kedai makan.

Sampai je terus cari tmpat strategik untuk membuka bekal..Masing-masing dh kelaparan..Pas makan baru la kami bergerak menuju ke tempat haiwan daratan yang terbesar di dunia tu..Nak masuk ke sini, tak dikenakan bayaran tau. Bergantung la kepada berapa yang pengunjung nak bagi.

Aritu kami ambik pas untuk melawat + bg makan gajah..pas tu tampal la kat tudung ke, baju ke..ikut suka le..ada 1 lagi pas..yang tu melawat + bagi makan + menunggang + mandi bersama gajah..tp kami x ambik yang nie..x bawak baju extra..

Ada 3 ekor anak gajah diorang tambat kt pokok..so boleh la nak beramah mesra, nak belai2 ke anak gajah ni..ramai le yg bergambar termasuk kami..6 ekor yang dah dewasa digunakan untuk aktiviti mandi, menunggang dan bagi makan..Kami just tgk je..ramai sgt yg nak bagi mkn..diorang ada la sediakan 1 bakul beso yang penuh dgn buah-buahan. So, ambik je buah tu then suap le ke mulut gajah2.

Muna lama duk kat anak2 gajah tu..ambik gambar kemudian dengar penerangan dari penjaga kat situ.Penjaga2 kat cni guna bahasa Myanmar + Siam untuk berkomunikasi dgn gajah2 nie..cikit je Bahasa Melayu..alasannya, x ada la gajah2 nie pening klu semua pengunjung bagi arahan yang berbeza dalam bahasa melayu, pada masa yang sama.ada sekor anak gajah ni, x igt dah namanya..cian dia..cacat kaki sebelah kena jerat..So, pusat konservasi ni la yang merawatnye..ada sekor lagi, ekor putus harimau gigit..ish3..cian tgk.. So, sape2 yang nak pegi lepas nie, masa nak daftar tu, bagi le lbih ckit.. Mmg la dia tak tetapkan..sekurang2nye kita dah membantu gajah2 ni meneruskan hidup mereka..

Lebih kurang pukul 4 petang kami pun bertolak pulang..kat bawah nie ada la gmbr ckit..ni pun ambil dari k.Syikin..hp muna abis bateri..pape tah..masa tu le nak abisnye..



 Muka ketakutan..takut kena libas dengan gajah kat belakang
(Muna & Angah)



Abg De, K.Syikin & Puteri


Muna & K.Syikin


 
Muna, K.Syikin & Danish


 
Arid, K.Ila & Darwisyah


Gajah stand by nak makan