Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, April 30, 2010

Short Semester

Assalamualaikum...

Lamanye tuan rumah x menjenguk laman ni..dah penuh dengan habuk ha..hehe...banyak benda nak cite..tapi malas mengatasi segala2nye..ish3..melampau betoi..

Sekarang kat UIA, wat short sem.ambik 3 subjek; Ilmu Mantiq, Islamic Worldview & Testing n Assessment..1 hari 2 subjek je..so banyak la masa terluang..tapi x boleh leka jugak sbb tiap2 mnggu ada on going process untuk projek..kna submit.

Di usia yang sudah menjangkau 24 tahun ni, kdg2 terfikir..apa yang sudah aku capai dalam usia ini ? apakah aku dah buat dan dapat yang terbaik dalam hidup ni ? adakah aku ni menyenangkan bg orang lain @ seorang yang teruk sangat2 ? Ishh..payah2..apa yang penting..selepas muhasabah, mesti ada perancangan untuk berubah kepada yang lebih baik.

Dulu, masa sekolah menengah, Cikgu Wan Azizah slalu berpesan, kita mesti melakukan anjakan paradigma. Jangan hanya duduk di takuk yang sama..nak realisasikan ni, mesti ada cita2 yang besar, ada matlamat, dan paling penting..USAHA.. & sudah tentu doa kepada Yang Maha Esa..

Setiap orang pasti ada cabaran dan ujian dalam hidup. cuma yang membezakan, bagaimana individu tersebut, berhadapan dengan ujian tue..Bagi Muna pulak, cabaran dan ujian itu sudah pasti..baik dari yang kecik sampailah kepada yang besar..kadang-kadang goyah jugak dibuatnya..tapi perkara tersebutlah yang mengajar dan memberi pengalaman yang bernilai agar kita lebih berhati2 dan beringat.

Bila diri ditimpa kesusahan, ada yang membantu. Pabila diri dirundung kesedihan, ada yang menenangkan. Ketika hidup terasa sukar, ada yang meringankan..Alhamdulillah.. & terima kasih semua..bila terasa lemah menghadapi dugaan, bayangan wajah abah dan mak merupakan kekuatan yang boleh mengembalikan semangat yang hilang..sayang mak & abah !!

Ok lah, sampai di sini sahaja dulu...nanti Muna sambung dengan luahan hati yang lain pulak ok..terima kasih kepada pembaca semua (macam bagus je bunyi minah perasan ni..hahihu) papai..assalamualaikum.