Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 22, 2011

Honeystar Di Melaka :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung... Apa kabar ? Harapnya semua sihat walafiat..kalau tak sihat, makan ubat, jg pemakanan, & layan cerita Muna kat bawah ni ok..huhu..(agak2 bertambah sihat or makin teruk..hihi)..

Kali ni, Muna nak kongsi dengan semua, pengalaman @ kenangan ketika bercuti di Melaka pada 17-19 Disember 2010 yang lepas..


Ahli rombongan cik kiah yang terlibat ialah..hihi..Abah, Mak, Arid, K.ila, Icah & Cik Una..cuma kami berenam kerana ahli keluarga yg lain tak dapat join..masing2 ada urusan peribadi..

Percutian 3 hari 2 mlm ini ditanggung sepenuhnya oleh adik beradik Muna..kakak & abangsszku..disebabkan Muna masih belajar, maka diri ini dikecualikan..kui3..dah la tak bayar, lantik diri sendiri menjadi setiausaha merangkap ceti @ bendahari & paling best merangkap skuad cakna yg akan menjadi pengikut setia rombongan & memberi laporan kepada mereka yang x dapat join..

Percutian @ honeystar nie sebenarnya hadiah kami adik beradik untuk mak abah..kenapa pilih Melaka ? Sebabnye..dekat dengan Pahang. Kalau jauh2, sian pulak abah nak drive ( abah tak bagi anak bongsunye ini bawak keta..slow..kui3..)..Bila cakap dgn mak abah nk tak g Melaka, mak abah ok aje, tapi abah kata, abah nak bermalam di Tanjung Bidara..

Disebabkan cuti sekolah, maka, banyak chalet & homestay yg penuh ( lum termasuk yg dh 'bungkus'..patutla kol2 xdpt)..Akhirnye, setelah berjuang mempertahankan hak kami..hihi..maka kami berjaya mendapat sebuah bilik di Chalet Mutiara. Mase booking, owner nye cakap, 15 lgkah dr chalet, terus Pantai Tanjung Bidara.. uihhhh...mmg syok giler..dengar deruan ombak..rase nak terjun terus sampai tu..
 tuan chalet


18/12, kami memulakan perjalanan jalan2 cari makan @ cuci mata kami..destinasi : Bandar Hilir..Antaranya, Menara Taming Sari. Bila dh duk dalam kabel tu, ia akan berpusing2 sampai la kita berada di atas. So, kita just duduk, kabel tu berpusing & kita boleh la tgk pemandangan Melaka..sambil tu, dengar la penerangan diorang..Muna ngan mak gayat..tak boleh tgk bawah..hihi..

Kemudian, kami naik beca pusing2 sekitar Dataran Pahlawan tu..masa pusing2 tu, beca behenti 2x, bagi peluang kitorang ambik gmbar kat kawasan Rumah Merah & A Famosa. Agaknye mmg laku bunga plastik kat Melaka kan..yela..1 beca aje dh guna berpuluh2 kntum bunga..cantik sgt..salah 1 cara untuk menarik pengunjung..dtambah plak dgn lagu2 yg dipasang..rata2 yg Muna dgr, diorang duk pasang lagu Wali Band & Maher Zain..sampai bingit tlinga..happening sungguh !


Destinasi seterusnya, River Cruise. Naik bot menyusur Sg. Melaka..hampir sejam sejam jugak pegi dan balik..dalam perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan bngunan2 sekitar tepi sungai tu..rumah kedai sumenya dicat cantik, dh terasa naik gondola macam kat Venice je..hihi...pastu lalu tepi Kg. Morten, sangat cantik rumah2 mereka..walupun kecik, tapi dekorasinya..hebat ! Dalam sungai tu jugak, kalau diperhatikan betul2, bnyak biawak..yela, biasa la kan, biawak dlm sungai macam tu..siap diorang landing lg kat dahan2 pokok tu..tapi..rupa2nya..biawak2 tu, mmg sengaja dibela dlm tu..untuk tujuan pelancongan..siap diberi mkn ayam lg..sape2 yg bunuh biawak dalam tu, akan dikenakan kompaun !


Lunch time ! Kami menjamu selera di sebuah restoran yg terkenal dgn asam pedasnya ( tukang beca yg rekomen ). kire boleh la..perut dah lapar..hihi..

Pas makan, pusing2 kat dataran pahlawan tu..Muna, Arid & K.ila mendaki bukit A Famosa..punye la seksa..perut @ muatan penuh, dah kna exercise..semput nak sampai atas tu..kami just ambik gambar, tgk2 pmandangan Melaka, then turun..


Badan dah penat, tapi rasa cam nak jalan2 lagi..Arid ajak g Ayer Keroh..jalan agak sesak kat sana..tujuannya nak ke Melaka Wonderland..saje nak tgk2..sampai2, rupa2nya hari tu ada family day MBMB ( Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) memang sesak..so, bncang2, balik aje la dulu chalet, sok pagi2 lg kami kua..

Petang tu kat chalet, pas siap2 solat semua..aktiviti yg paling teruja nak wat..apa lagi..mandi laut la..huhu..uish, syok betul..situ takde org..ade la budak2 kecik..siap diorang cakap lagi mase Muna nak masuk air tu..'kak, situ dalam..kena mandi kat tepi sana'..so, Muna ikut je la..mase tu Abah dh wat aksi kuak lentang dalam air..hihi..Arid duk dukung Icah..K.ila duk tepi je..tak mau join..sgt2 best..tp lg best klu Munauwarah pandai berenang :( maka, disebabkan kekurangan yg satu itu, saya hanya mampu menyelam kpla & merendamkan badan je..uwaa..sedih2..



19/12, selepas berkemas dan mengucapkan selamat tinggal kepada Chalet Mutiara & Pantai Tg. Bidara, kami meneruskan destinasi terakhir ke Melaka Wonderland di Ayer Keroh. Masa kami sampai dalam pukul 10 pg tu, kereta dah bnyak..masa tu, punya la seronok..tgk taman tema air tu dr parking..dengar pulak man in charge yg duk memanggil2 pengunjung semua..excited !

Sampai2, beratur beli tiket dulu..dah masuk je, waa..tak tergambar dek kata2..tapi kamera wat hal plak mase tu..masa kami sampai tu, ombak belum pasang lagi..so, kami pegi bahagian atas..g sewa pelampung, then, cuba game pertama..komen ? speechless....rase nak tercabut jantung..memang sekuat hati Muna menjerit mase turun gelongsor tu..ketar lutut. Sebab, rasenya macam kita ditolak dr bangunan 20 tgkat..so, agak2, hidup ke kiok..mjur  masih ade hayat..hihi..


Mase cube game kedua, dah ok ckit..sbb laluannye tidak la 'seganas' yg pertama..cume die berliku2..


Game yg ketiga plak..haha, yg ni yg teruk..gelongsor yg ni tak payah pakai pelampung..just baring, tgn letak kat perut, kaki silang..tp, Muna tgh2 meluncur tu, kaki dah tak bersilang..mmg menjerit sekuat hati..dlm hati, bila la nak sampai bawah..rase nak menangis..cam yg game pertama..bila dh sampai bawah, jatuh dalam air, nk bangun, tak boleh ! Nak bangun je terjatuh balik, lemas. dgn kpla2 masuk dalam air..mula2 Arid ngan K.ila yg duk tepi tu sedap duk gelak, bila Muna panggil suh tarik, baru la Arid g tarik tangan..airnye tak ada la dalam..paras lutut je..tp mgkin sbb badan Muna dah lembik sbb takut tadi..agak cuak jugak la yg duk tepi2 kolam tu..tgk Muna yg hampir kelemasan ni..haha, malu !!


Pastu, kitorang g bawah tempat ombak..situ dia wat cam kat pantai la..best la jugak..sambil duk atas pelampung, tgk game show kat stage depan..

Pas dah puas berendam, mase utk balik..rase nak g lg..tp..takkan cube dah game & gelongsor yang boleh 'meragut nyawa' camtu..huuuu...ngeri....

Hihi..panjang ceritanye ek..ni pun ckit je..klu nak cerita semua, 3 hr 3mlm la kna berumah di laman Muna ni..hihi..rasenye cukup la ni..sekadar berkongsi cerita..semoga berjumpa lagi di lain masa :) Jaga diri semua !

Wednesday, January 5, 2011

Penting ke ?

Assalamualaikum..

Bertemu kembali di tahun yang baru, 2011, yang saban waktu & ayat biasa kita dengar..tahun baru maka azam pun baru..topik yang dah selalu sgt kita dengar apabila nk melangkah ke tahun yang baru..semuanya nak baru..(berapa banyak baru daa..)

Muna bukan nak cerita pasal azam atau apa..sbb Muna bukan jenis yg bila berazam..kompem tercapai..hihi..kenapa..sebabnye mungkin 1..tak ada usaha yang bersungguh2 pun nak mencapai azam tu..so, malas nak tetapkan apa2 syarat @ azam..biarlah bila nak sesuatu, maka pikirlah masa tu..biar masa menentukan :) - cam tak kena je prinsip ni kan..hihi..

Tapi bukan bermakna Munauwarah ni tak ada perancangan dalam hidup..tipulah tak ada..If tak ada perancangan, dh pasti kehidupan ni tak terurus..mungkin Muna ada sebenarnya merancang & benda tu tercapai, tapi tak sedar..so, kesimpulannya, moga tahun 2011 ni, I will do better than before (klise lagi :)

But now (today) dah 5 Januari..tapi tak rase perubahan tahun pun..hihi..eh silap, tahun berubah, tapi diri sy masih diri yg 2010..macam mana tu ye..hmm..mungkin puncanya..Muna tak letak @ set apa yang Muna nak buat & capai tahun ni..so, bila kita tak buat semua tu, kita akan rasa sama je macam sebelum2 ni..

Maka, main point kat sini..sebenarnya..nak tak nak..kita kena jugak ada target @ azam..sbb ia sgt2 penting sebagai 1 batu loncatan untuk kita lakukan suatu anjakan paradigma dalam diri..ceh :)

Ya, baru 5 Januari..masih terlalu baru..tak boleh la nak nilai yang kita ni dah berjaya mencapai target..nmpak sgt la penipunya ( tapi bergantung jugak pada apa yang nk dicapai..klu just the small one, MUNGKIN blh tercapai dalam masa 5 hari ) tapi klu berbicara tentang perubahan sikap, kejayaan, mungkin mengambil masa..kadang2, benda tu kita tuai tahun ni, tapi hasilnya mungkin kita perolehi tahun depan..yang penting..sabar & kuatkan tekad dalam mengatur langkah & perjalanan tersebut )

Mmm..nampak gayanya, malam ni sebelum tido, Munauwarah kenalah merangka pe yang kamu nak capai tahun ni ye..yang kecik2 pun tak ape..sekurang2nya, kita akan tetap rasa hepi bila tercapai (insyaallah..amiinn..)..apa guna berazam or set goal yg tinggi melangit & beso, alih2, hangat2 'najis' ayam je..haha...

Walau apapun, soal azam dan matlamat ni, terserah pada individu masing2..tapi ingat..dalam keghairahan nk mencapai azam..jangan sampai kita mengenepikan soal agama &  hubungan sesama manusia kerana ramai di kalangan kita kini yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan apa yang dihajati tercapai..nauzubillah..

Sekarang dah 8.15 malam, 'warden' saya dah bising..maka terpakasalah saya menamatkan pertemuan & bual bicara kita di sini :) Sekiranya ada salah silap dari Muna & kata2 di atas, harap maaf yer..kadang2 kita berkata apa sahaja tanpa mempedulikan hati & perasaan orang lain..jika ada, maaf ye..semoga berjumpa lagi di lain masa..Insyaallah..tata titi tutu..assalamualaikum.