Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 5, 2011

Penting ke ?

Assalamualaikum..

Bertemu kembali di tahun yang baru, 2011, yang saban waktu & ayat biasa kita dengar..tahun baru maka azam pun baru..topik yang dah selalu sgt kita dengar apabila nk melangkah ke tahun yang baru..semuanya nak baru..(berapa banyak baru daa..)

Muna bukan nak cerita pasal azam atau apa..sbb Muna bukan jenis yg bila berazam..kompem tercapai..hihi..kenapa..sebabnye mungkin 1..tak ada usaha yang bersungguh2 pun nak mencapai azam tu..so, malas nak tetapkan apa2 syarat @ azam..biarlah bila nak sesuatu, maka pikirlah masa tu..biar masa menentukan :) - cam tak kena je prinsip ni kan..hihi..

Tapi bukan bermakna Munauwarah ni tak ada perancangan dalam hidup..tipulah tak ada..If tak ada perancangan, dh pasti kehidupan ni tak terurus..mungkin Muna ada sebenarnya merancang & benda tu tercapai, tapi tak sedar..so, kesimpulannya, moga tahun 2011 ni, I will do better than before (klise lagi :)

But now (today) dah 5 Januari..tapi tak rase perubahan tahun pun..hihi..eh silap, tahun berubah, tapi diri sy masih diri yg 2010..macam mana tu ye..hmm..mungkin puncanya..Muna tak letak @ set apa yang Muna nak buat & capai tahun ni..so, bila kita tak buat semua tu, kita akan rasa sama je macam sebelum2 ni..

Maka, main point kat sini..sebenarnya..nak tak nak..kita kena jugak ada target @ azam..sbb ia sgt2 penting sebagai 1 batu loncatan untuk kita lakukan suatu anjakan paradigma dalam diri..ceh :)

Ya, baru 5 Januari..masih terlalu baru..tak boleh la nak nilai yang kita ni dah berjaya mencapai target..nmpak sgt la penipunya ( tapi bergantung jugak pada apa yang nk dicapai..klu just the small one, MUNGKIN blh tercapai dalam masa 5 hari ) tapi klu berbicara tentang perubahan sikap, kejayaan, mungkin mengambil masa..kadang2, benda tu kita tuai tahun ni, tapi hasilnya mungkin kita perolehi tahun depan..yang penting..sabar & kuatkan tekad dalam mengatur langkah & perjalanan tersebut )

Mmm..nampak gayanya, malam ni sebelum tido, Munauwarah kenalah merangka pe yang kamu nak capai tahun ni ye..yang kecik2 pun tak ape..sekurang2nya, kita akan tetap rasa hepi bila tercapai (insyaallah..amiinn..)..apa guna berazam or set goal yg tinggi melangit & beso, alih2, hangat2 'najis' ayam je..haha...

Walau apapun, soal azam dan matlamat ni, terserah pada individu masing2..tapi ingat..dalam keghairahan nk mencapai azam..jangan sampai kita mengenepikan soal agama &  hubungan sesama manusia kerana ramai di kalangan kita kini yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan apa yang dihajati tercapai..nauzubillah..

Sekarang dah 8.15 malam, 'warden' saya dah bising..maka terpakasalah saya menamatkan pertemuan & bual bicara kita di sini :) Sekiranya ada salah silap dari Muna & kata2 di atas, harap maaf yer..kadang2 kita berkata apa sahaja tanpa mempedulikan hati & perasaan orang lain..jika ada, maaf ye..semoga berjumpa lagi di lain masa..Insyaallah..tata titi tutu..assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment