Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 23, 2010

Rindu..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

'Rindu itu adalah anugerah dari Allah..Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu..' Ha, bagi yang dah tau lirik lagu apa ni, cubalah nyanyi dengan suara yang merdu ye..jgn kasi pitching ke laut..haha..bagi yang tak tau, ni lirik lagu 'Rindu' dari kumpulan HIjjaz..oppss..sebelum melarat, jangan salah paham..ni bukan kelas vokal Cikgu Siti Hajar ataupun rancangan Jangan Lupa Lirik ye..hehe..

Tujuanku cuma satu..nak menyatakan betapa rindunya diri ni buat semua insan yang Muna sayangi yang kini, di saat ini, jauh di mata..buat keluarga & kawan2 semua..I Miss You All..

Rindu pada keluarga, mak abah, adik beradik, anak2ku sekalian.. (tidak ada istilah ipar duai sbb semua dh termaktub seperti adik beradik sendiri & tiada istilah anak saudara krana semua dah ku anggap bagai anak sendiri)..bla nak berkumpul ni..adoi..rindu3!!! Jom la pakat balik ramai2 umah mak abah..

Kawan2..ira, huda, ma, nadiah DLL, bilalah kita nak jumpa lg yer..hmmm..tak sama la berhubung melalui sms & telefon..cuma boleh mendengar suara dan membaca suara hati..mesti best klu dapat bertentang mata..

Tapi, siapalah Muna untuk mengatur segalanya..masing2 ada tugas,kerja dan tanggungjawab pada keluarga..kerana itu, ku terpaksa akur..

Sebagai pengubat hati, dan cara terpantas, apa lagi, gunakanlah kemudahan dan teknologi yang ada..ingatlah semua, ' Jangan simpan dan pendam perasaan rindu serta sayang kita kepada yang berhak..tidak perlu ucapan berbunga, cukup sekadar kita menghubungi, bertanya khabar @ mungkin menghantar mesej2 yang kelakar, boleh membuat insan yang kita ingati berasa dihargai..(untuk peringatan kepada diri ini yg kadang kala 'liat menyapa'..)

Dan tentulah, yang terbaik & jangan dilupakan, ingatilah dan salurkanlah rasa rindu kita kepada mereka dalam doa kepada Yang Maha Esa. Moga mereka berada di dalam keadaan yang baik, sejahtera dan terpelihara iman & Islam..

Rasanya, sampai cni sahaja coretan hati saya untuk kali ini..perut dah lapar..hehe..moga ketemu lagi..Assalamualaikum.

Monday, July 19, 2010

Konsep Syukur..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung...

Kali nie Muna nak kongsi satu petua..sssyyyy..diam2..mahal ni..hehe...takde la..untuk post kali ni, Muna nak ajak pelawat semua berfikir dan muhasabah..menilai diri kita, samada kita ni tergolong dalam golongan orang yang bersyukur @ tidak..

Ada 2 kata-kata yang Muna nak kongsikan..pertama, ' Kalau tak dapat apa yang kita suka, cuba suka apa yang kita dapat'.. Kita sering kali mengeluh, tak berpuas hati, kalau tak dapat sesuatu yang kita impikan. Walaupun dah dapat pengganti, kita sering terbayang dengan sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk kita, malahan kita mengabaikan apa yang sudah ada di genggaman..Muna tak nak menuding jari kearah org lain..lihat diri Muna sendiri..Kalau tak dapat apa yang diimpikan, mula la timbul rasa tak puas hati yang berpanjangan. Amalan tak murni betoi kan..hehe..jgn contohi ye..Sebagai akibatnya, kebiasaannya, Muna akan kehilangan pengganti tersebut @ benda tu akan jadi rosak..sebabnya ape? Sebab tak bersyukur la..dah padan muka saya..

Sepatutnya, kita kena redha dan terima..mungkin kita akan dapat yang lebih baik..Semua orang nak sempurna. Tapi kita takkan menjadi sempurna. Kesempurnaan bukan terhad kepada kita memiliki barangan yang mahal, hidup dalam kemewahan, dapat pasangan yang 100% memenuhi piawaan..ye, secara zahirnya, hidup kita sudah sempurna. Mungkin orang lain pun, akan cakap,'bertuahnya awak. semuanya sempurna'.. Akan tetapi..selagi kita bergelar manusia, kita takkan puas dengan sesuatu. Ini belum lagi masuk bab dengki, panjang plak ceritanya. Maka, konsep yang perlu kita terapkan dalam diri kita, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan sia-siakan sesuatu yang sudah berada di genggaman kita kerana terkenangkan sesuatu yang bukan menjadi milik kita..Cuba tanamkan perasaan suka..perkara yang asalnya paksarela akan bertukar menjadi sukarela..

Rentetan dari celoteh di atas, satu lagi kata2 yang mungkin boleh mendidik jiwa kita secara perlahan-lahan menjadi insan yang bersyukur dan jauh dari sifat dengki dengan kelebihan orang lain yang mana boleh membawa kepada kekufuran andai dibiarkan kerana mungkin akan terkeluar kata2 yang boleh menyalahkan takdir..nauzubillah..cuba renung2 kan..kata2 ni Muna ambil dari  ceramah motivasi Dr.Fadzillah Kamsah..' 

Orang yang pakai kereta kecil @ murah, kamu jangan lihat orang yang pakai kereta2 yang mewah dan besar, lihatlah kepada orang yang hanya memiliki motosikal biasa, dan orang yang memakai motosikal, cubalah kamu lihat kepada insan2 yang hanya menunggang basikal sebagai kenderaannya..dan orang yang mempunyai basikal pula, cubalah lihat insan2 yang hanya berjalan kaki..mereka tidak mempunyai kenderaan hatta basikal..dan wahai pejalan kaki..janganlah kamu berkeluh kesah menyesali kesempitan hidup..lihatlah kamu kepada insan yang kudung kakinya..langsung tidak mampu berjalan dan hanya mengensot, menggunakan kerusi roda & mengharap belas ihsan orang lain untuk bergerak... 

Subhanallah..jika konsep ini yang kita amalkan..sudah pasti tidak akan timbul perasaan hasad dengki dan sikap mahu bersaing yang tidak sihat. Kenapa Muna kata tak sihat..yela..sanggup berhutang demi bersaing dan memenuhi tuntutan dunia sejak akhir2 ini yang masing-masing berlumba untuk menjadi mewah..kehendak sudah menjadi keperluan yang tak boleh tidak, mesti dipenuhi!

Hmmm..moga2 kita sama2 la ye berubah..sampai di sini sahaja bebelan saya..hehe..kalau masih diberi kesempatan dan pinjaman nyawa dari Allah, kita ketemu lagi..terima kasih kerana sudi menziarahi saya di sini..Wassalam..bye!