Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 23, 2010

Rindu..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

'Rindu itu adalah anugerah dari Allah..Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu..' Ha, bagi yang dah tau lirik lagu apa ni, cubalah nyanyi dengan suara yang merdu ye..jgn kasi pitching ke laut..haha..bagi yang tak tau, ni lirik lagu 'Rindu' dari kumpulan HIjjaz..oppss..sebelum melarat, jangan salah paham..ni bukan kelas vokal Cikgu Siti Hajar ataupun rancangan Jangan Lupa Lirik ye..hehe..

Tujuanku cuma satu..nak menyatakan betapa rindunya diri ni buat semua insan yang Muna sayangi yang kini, di saat ini, jauh di mata..buat keluarga & kawan2 semua..I Miss You All..

Rindu pada keluarga, mak abah, adik beradik, anak2ku sekalian.. (tidak ada istilah ipar duai sbb semua dh termaktub seperti adik beradik sendiri & tiada istilah anak saudara krana semua dah ku anggap bagai anak sendiri)..bla nak berkumpul ni..adoi..rindu3!!! Jom la pakat balik ramai2 umah mak abah..

Kawan2..ira, huda, ma, nadiah DLL, bilalah kita nak jumpa lg yer..hmmm..tak sama la berhubung melalui sms & telefon..cuma boleh mendengar suara dan membaca suara hati..mesti best klu dapat bertentang mata..

Tapi, siapalah Muna untuk mengatur segalanya..masing2 ada tugas,kerja dan tanggungjawab pada keluarga..kerana itu, ku terpaksa akur..

Sebagai pengubat hati, dan cara terpantas, apa lagi, gunakanlah kemudahan dan teknologi yang ada..ingatlah semua, ' Jangan simpan dan pendam perasaan rindu serta sayang kita kepada yang berhak..tidak perlu ucapan berbunga, cukup sekadar kita menghubungi, bertanya khabar @ mungkin menghantar mesej2 yang kelakar, boleh membuat insan yang kita ingati berasa dihargai..(untuk peringatan kepada diri ini yg kadang kala 'liat menyapa'..)

Dan tentulah, yang terbaik & jangan dilupakan, ingatilah dan salurkanlah rasa rindu kita kepada mereka dalam doa kepada Yang Maha Esa. Moga mereka berada di dalam keadaan yang baik, sejahtera dan terpelihara iman & Islam..

Rasanya, sampai cni sahaja coretan hati saya untuk kali ini..perut dah lapar..hehe..moga ketemu lagi..Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment