Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 1, 2010

Balas Dendam..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pagi Ahad yang sudah 'tercemar'..hai, entahlah macam mana nak luahkan perasaan ni secara telus di alam maya ni..hati ni dh 'membengkak', tapi risau disalah tafsirkan tentang diri ini..ye, diri ini sentiasa risau tentang fikiran orang lain, terlalu ingin menjaga dan takut melukakan (namun kadang kala 'tergelincir' jugak bila amarah  tercabar).

Bimbang jika luahan ni dikatakan mengangkat diri sendiri, membuka aib serta kelemahan diri, namun kita sama2 ambil sebagai peringatan walaupun sedikit dalam kita hidup berjiran. Skopnya luas, namun apa yang Muna cuba nak sampaikan walaupun mungkin ada yang mengata, 'ala, cakap lebih, macam bagus sangat', takpelah. Cukup la untuk tambah pengalaman Muna, sebagai asam garam dalam kehidupan.

Muna akui, 'Saya bukanlah yang terbaik.  Bukan tidak pernah saya menyakitkan hati insan lain samada secara sedar @ tidak'..Muna sangat2 mengakui hakikat tersebut. Menitiskan air mata bukan lagi suatu perkara yang asing bila tersedar khilaf yang sudah dilakukan..TETAPI.....

Ha, pernah dengar tak pepatah, sarang tebuan jangan dijolok..yang ni cheq nak cite..atas tu mukaddimah je..Muna sebenarnya pantang beno kalau orang yang tak hormat privasi orang lain ni..diulangi..TAK MENGHORMATI @ TAK ADA TIMBANGRASA..

Kita ni hidup bersama2, pasti ada macam2  ragam sudah pasti, namun, cubalah melakukan sesuatu yang kita kira boleh mengganggu privasi orang lain, secara BERSEDERHANA. Tengok insan lain masih lena, cuba perlahankan langkah, suara, tutup pintu perlahan2. Subhanallah, aman dunia ni kalau semuanya tahu menghargai privasi orang lain. Tapi, yang pastinya tidak! Tinggal bersama @ hidup bersama individu lain, bermakud kita berkongsi. Tak salah melakukan aktiviti yang kita suka buat, namun jangan sampai ada hati yang 'menyimpan rasa'..kalau jenis yang suka sound direct, boleh la kita tau apa yang dia tak suka, maka boleh la kita ubah (kalu nak berubah la)..tapi macam mana pulak kalau yang spesis macam Muna ni, kadangkala lebih suka memendam, membiarkan individu tersebut berfikir sendiri, meluahkan rasa pada individu tertentu atau cuba memujuk hati agar bersabar aje.

Kadangkala, individu yang pentingkan diri sendiri tu, dia rasa, perkara tu kecil sahaja, namun dia kena ingat, tak semua orang boleh terima. Maka, jalan terbaik, nak buat apa2, fikir jugak kebajikan orang lain. Usahkan tinggal secara beramai2, hatta tinggal seorang pun di sebuah rumah, namun jika boleh mengganggu individu yang tinggal sebelah menyebelah rumah, boleh timbul perang besar jika dibiarkan. Kita pun dah dengar banyak sekarang ni, ada yang sampai yang berbunuh, puncanya ; tinggal berjiran, tapi tak ada rasa hormat pada jiran. Akibatnya, bergaduh dan hilang nyawa..Nauzubillah...

Ada kawan Muna (nama tak perlu dinyatakan :) ), tinggal berjiran. Dia ni dah berkeluarga. Namun yang tak sedapnya, dapat jiran kiri kanan orang lelaki bujang. Biasalah, tengok perlawanan bola di TV, bersorak2, pastu lelaki ni, dia tak tutup pintu umah diorang. So, kawan Muna ni tak selesa sangat. Paham2 la lelaki bujang bila di umah..mustahil kot pakai 'complete attire'. Nak ke rumah dia, kawan Muna terpaksa lalu depan rumah bujang ni dulu. Akhirnya, suami kawan Muna ni dah tegur budak2 tu. Alhamdulillah, dengarnya dh pandai nak tutup pintu.

Macam kes Muna pulak, ciput jer. tapi bisa bikin hatiku panas bangat..masalahnya, budak bilik sebelah yang teramat suka memasang lampu yang berhampiran dengan bilik Muna ni. Maka, cahaya yang menerjah masuk ke bilik Muna umpama cahaya matahari yang bersinar di pagi hari..'oohhh..bahagianya..lalalala'...zuppp!!! Seboleh mungkin ku 'melontarkan kata2 indah' sedemikian rupa. Sabo je la..Dah hampir 3 tahun di UIA ni, memang bila tido, lampu cuma di pasang di bahagian depan. So, cahaya dalam bilik samar2.kalau berjalan pun tak terlanggar nye loker or meja study. Tak ada la gelap pun. 

Tapi sem ni, lain jadinya.Sebelum tido, Muna akan pastikan semua beres, tingkap, pintu depan & pintu ke toilet berkunci. Pastu Muna akan padam lampu yang betul2 depan pintu bilik dan biarkan yang di depan terpasang ( 'rumah' ni tak besar sangat, so pasang lampu depan tu pun memang dh ok, tak gelap)..Tapi, bila Muna tersedar je, tak kisah la pukul berapa, pukul 2@3@4 sekalipun, ada je tangan yang gatal, tukar. Dia pasang lampu depan bilik Muna ni. Muna bukan apa, agak sukar bila tido dalam keadaan yang cerah dan ada bunyi yang bising2. Muna jenis tak kisah, kalau Muna tak tersedar. tapi, bila dah tersedar, amat sukar nak lelapkan mata. orang lain sedap tidur, kita terkebil2 pulak. Akibatnya, pening la kepala saya bila bangun nanti.

Sebelum ni, bila Muna tersedar, tak ada la sampai nak p bangun, tukar. sebab fikir balik, mungkin dia takut atau ape. Tapi, bangun pagi tadi, tiba rasa geram yang amat sangat. Sebab, sampai bila asyik nak fikir dia aje. Takkan dia tak fikir. Setiap malam Muna akan tutup lampu depan bilik ni. Bermakna, Muna tak suka cerah dalam bilik ni. Muna diam je selama ni. Ok la..maybe dia takut. Tapi, lepas ni, HARAP MAAF. Tiap2 malam dia tidur lena, yang Muna ni, bengkek memanjang. Ingat aku guard bilik ni ke (ha, dah 'tak murni' bahasa ni..)

Maka, jeng..jeng..jeng.. pagi tadi bangun nak solat Subuh, Muna tutup lampu depan ni dan pasang yang satu lagi..Tak jahat kan ? Dia tengah lena tido, lagipun bukan Muna tutup semua kasi bergelap, subuh dah cerah cikit, tak la gelap cam malam - VALID REASON...pastu, Muna tutup pintu toilet agak kuat, jalan dengan selipar jepun ni agak kuat, tutup pintu loker sedikit kuat..tak jahat kan ? Semuanya dilakukan dalam keadaan yng 'bunyinya sederhana'..lagipun dah subuh, tak reti nak bangun2 ker, sekurang2nya bila Muna wat gitu, diorang bangun Subuh - VALID REASON..dan yang terakhir, seusai solat subuh..ceh..Muna pasang radio..hahaha..sukanya..tu la.. tak jahat kan ? Pas subuh ne boleh tido, so Muna ajak la dia dengar radio bersama2.hehehe.dah dia asyik nak berkongsi je dengan Muna, so Muna pun nk share la dengan dia..Tapi tadi dia mai bilik ni, 'Muna, boleh tak slowkan radio'..ha, tau pun..geram nak jawab..dh puas tido mlm tadi takkan nk tido lagi pagi2 ni...

Pasni, klu terbangun, dia pasang lampu tu, Muna akan bangun padam..masalahnya, tak gelap langsung..so apa masalah dia. Kalau dia takut, dia boleh pasang lampu meja study dia..sebelum ni, kalau Muna nak study, Muna takkan pasang lampu bilik sbb roommate nak tido, inisiatif nye ape, pasang lampu meja study, pastu Muna akan letak kertas pada mentol tu, supaya cahayanya tak terang sgt, pastu Muna akan sangkut baju or apa sahaja kat rak buku kat meja study tu, supaya roommate boleh tido dengan selesa. Then, masa exam, Muna beli lampu yang Muna boleh letak atas katil je untuk study..jangan salah paham. bukan nak puji diri atau ape, bukan itu pe yang Muna cuba nk tunjuk..tapi..cubalah fikir dulu kebajikan orang lain..mungkin ada juga kita silap, sekurangnya kita berusaha.

Panjang cerita yer..saja..celoteh pagi..rasanya cukup la sampai cni..tak boleh lebih2..saya pun dah cool..dh luah apa yang terpendam & berjaya membalas dendam..kih..kih..kih..(gelak jahat)..maka saya dah puas hati...hmm..astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim..semoga ketemu lagi..tata..

5 comments:

  1. Hmm..harap maaf kepada sesiapa yang tak berkenaan dengan post Muna ni, tapi dh terasa hati dengan ayat2 laser saya ye..mohon beribu ampun..kata2 ni cuma ditujukan kepada yang terlibat dalam skrip saya sahaja.. :)

    ReplyDelete
  2. ada masanye kita kena beralah & bersabar dan ada masanya kita kena meluahkan apa yg terpendam kpd yg berkenaan..mgkin dia akan terasa & mungkin jgk dia akan faham & memperbaiki kesalahannye..kalau tak sanggup hadapi 2 risiko nih,alamatnye kena pendam jela..tp smpai bila?fikir2kan lah..dah sampai masanye kita kn jaga hati kita sendiri..

    ReplyDelete
  3. tQ la baba icah..betoi tu..saya menyokong seratus peratus..tp itulah lumrah hidup..sebanyak mana kita tak puas hati pada org mungkin sebanyak tu or lebih lagi orang tak puas hati dengan kita..yang penting, kna slalu ingatkan, kita pun ada salah..tp ada ms, kna jugak buat sesuatu agar tak ditindas & dianggap lemah

    ReplyDelete
  4. masalah ni boleh settle, balik ni suruh mak njang jahit kain hitam buat mcm spec mata lepas tu sumbat telinga dgn kapas mcm crite p.ramlee...

    iyyeeee...
    abetih

    ReplyDelete
  5. hahahaha..a.teh buat lawok..cadangan bernas anda akan dipertimbangkan

    ReplyDelete