Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 31, 2010

Taraf Pendidikan..

Assalamualaikum..apa kabar semua..btemu sekali lagi di laman yang sama tapi dengan tajuk yang berbeza..bulan Oktober ni, kerajinan Munauwarah sangat tinggi nak merepek kat laman ni..hihi..untuk kali ni, Muna nak kongsi 1 cerita......

Pada suatu hari, ada seorang pelancong asing nak pergi ke Jalan Damai..memandangkan itu kali pertama dia nak ke situ, maka dia pun bertanya seorang budak yang kebetulan lalu di hadapannya...Adik, Jalan Damai terletak berhampiran pasar raya tu ya ?  'Ha ah'...jawab budak tu sambil mengangguk...Pelancong tu menggaru2 kplanya kerana baru kali pertama mndgr perkatan ha ah..tapi apabila melihat reaksi budak tersebut yang menganggukan kpla, maka dia berpendapat bahawa jawapan budak itu ialah 'ya'..

Namun, untuk lebih mengesahkan, pelancong tersebut bertanya pula kepada seorang lelaki remaja, soalan yang sama..dan remaja tersebut menjawab benar sambil menganggukkan kepala..sekali lagi pelancong tersebut confused bila dgr perkataan 'benar'..namun dia menganggap maksud remaja tersebut ialah 'ya' kerana remaja tersebut menganggukkan kpla..

Pelancong tersebut meneruskan perjalanan..buat kali yang terakhir, dia bertanya pula kepada seorang dewasa yang kebetulan berada di tempat kejadian..lelaki tersebut menjawab 'betul' sambil menganggukkan kpla..dan pelancong tersebut yang tidak pernah mendengar perkataan tersebut akhirnya bertanya...

Saya sudah bertanya kepada 3 orang dgn soalan yang sama, namun sy mendapat jawapan yang berbeza..' ha a, benar & betul..apakah maksudnye..

Dengan tenang lelaki tersebut menjawab..oh, ketiga3 jawapan tersebut bermaksud 'ya'..cuma yang membezakan..jika seseorang menjawab 'ha a', itu bermakna tahap pendididikannya cuma setakat darjah 6..dan bagi yang memberi jawapan 'benar', itu tandanya dia cuma seorang pelajar sekolah menengah biasa..dan siapa yang menjawab 'betul', maka dia itu seorang sarjana yang sudah berjaya menyelesaikan pelajarannya di universiti...
Oh, begitu..maksudnya kamu ni seorang sarjana ?

Dengan bangganya lelaki tersebut menjawab "ha a...".

Pengajarannya, jangan berlagak dengan ilmu yang dimilik..ilmu bukan untuk dibangga2, tapi perlu di praktikkan..barulah ada keberkatan dalam menuntutnya..tingginya tahap pendidikan kita bukan lagi jaminan 100% untuk kita menjadi manusia yang serba sempurna..

Sekian saja dari Muna untuk kali ini :) jumpa lagi..Assalamualaikum...

Wednesday, October 27, 2010

Distance.....

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua .hehe..skrg baru pukul 9.38 pg..Pagi2 macam ni biasanya mood Munauwarah nak merepek sgt tggi..hehe.. seronok sangat mimpi malam tadi kot.. Ha, sebut pasal malam tadi, teringat insiden yang tak diingini berlaku..tak taulah betul atau tak..kalau betul, maka Muna kena pegi bertemu pakar untuk keselamatan diri sdri & org yang berada di sekeliling..

Nak tau ? Alkisahnya, lpas solat subuh pg tadi, Muna tgk novel yang Muna bace sblum tido, ade atas meja my roommate ( Zaini )..so Muna tanya la, dia yg ambik ke..dia kata tak..tapi Muna pasti sangat, lpas je abis bace, Muna letak atas meja study Muna..novel tu takkan bergerak sdri klu tak ada org yang letak kat ctu..dan org tu tak lain x bkn, mestilah Munauwarah yang dh terkena penyakit berjalan masa tido..wuuu..takutnye saya... :( macam mana ni..klu betul la, dh kes parah ni..

Hmm..mungkin terlalu banyak berfikir kot yg jadi camtu (hah, blh terima ke reason ni)..macam bagus je Munauwarah nak pikir masalah negara..huhu..hmm..takpun dah terkena sakit angau & ni salah 1 simptomnye..huhu

Angau ?? xla..tu cuma penyakit utk org yg baru2 nk berjinak dgn cinta je kot..utk sy dah tak sesuai..dh expired kalimah tu..haha..

Cuma mungkin sbb sy berjauhan dgn insan2 yg saya sayangi & dah lama tak jumpa dgn mereka semua..keluarga, shbat2 & 'Mr. Zauj'..betul pepatah ada mengatakan, 'distance make we feel the nature of relationship'...bila mereka semua tak ada bersama kita..maka perasaan rindu yg teramat sgt mula la dtg..masa tu la nk rindu suara leteran mereka..cb klu dekat, ade dpn mata, mau jugak berasap telinga ni..hihi..

Bila dah berhadapan dgn saat macam ni, bg yg kompius terhadap hati & perasaan sdri, maka kita akan tahu, siapa yang sebenarnya yang kita perlukan..mungkin bg pasangan yang bercinta, di saat macam ni, barulah kita sedar, bahawa 'dia' lah mr. / mrs Right kita.. (wallahua'lam)

Walaupun sebelum tu mgkin kita dh terasa bosan, sering marah2 trhadap psgn, ada keinginan utk cuba mencipta kelainan dgn orang lain, tapi, bila terjadinya perpisahan baik untuk seketika @ selama2nya..kita akan mula merindui insan yang selama ni dh lama bersama kita..hanya kamu!

Benar, lama @ sekejap sesuatu perhubungan bkn jaminan kepada sebuah kebahagiaan..tapi, kalau kita yakin dengan pasangan tu, bg kita, dia yg terbaik, berdoalah kepada Allah, kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tersurat & tersirat..

Hmm..sebenarnye kurang suka nak memperkatakan soal hati & perasaan..sbb benda ni terlalu subjektif..kita ada pandangan dari pelbagai sudut..1000 orang maka 1000 la pandangan terhadap isu ni..ada yang bercakap berdasarkan pengalaman sdri, pemerhatian, pembacaan.. & apa yang Muna cuba sentuh di atas, cumalah mukaddimah.. (bg individu seperti sy, soal hati & perasaan terlalu rahsia dan hanya insan2 istimewa shj yg blh berkongsi..hihi) eh, jangan terasa hati ye..pembaca semua istimewa di hati saya..huhu. 

Sebagai kesimpulan dari cerita di atas..hihi..sy sedar siapa yang sy lebih perlukan dalam hidup ni..mereka ialah insan yang tak pernah meninggalkan saya keseorangan, melebihkan saya melebihi dr kepentingan mereka sdri, tidak melukakan sy berkali2, menerima diri Munauwarah seadanya & paling penting menghormati saya selayaknya..(bkn bermaksud minta dilayan / dihormati sebagai seorang puteri raja, cukuplah sekadar menganggap sy sebagai seorang manusia yg mpunyai hati & perasaan ).. :)

Siapa mereka ? Biarlah kekal rahsia di hati Munauwarah..hihi..ok, panjang merepek..sampai cni shj dlu..jumpa lagi nanti ye..Insyaallah...bye2 :)

Tuesday, October 26, 2010

Study Week dah bermula..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Apa khabar ? Harap2 semuanya sihat walafiat..dan kalau ada yang tak sihat, Muna doakan semoga cepat sembuh ye..nikmat kesihatan dan sakit itu semua datang dariNya..maka sebagai hamba, waima sakit @ sihat, jangan berhenti dari terus mengingatiNya...

Hari ni dan lebih tepatnye sekarang, Muna tengah seronok berfoya2..huhu..oppsss..jangan salah faham..hari ni dah bermulanya study week. Walaupun masih ada 2 subjek lagi yang belum habis, tapi takpela..

Biasanya waktu ni dah memulakan langkah menuju ke kelas..tapi hari ni..yahhuuu!! ish..teruk betul Munauwarah ni kan..

Hmm..hari ni mood nak menjadi suribilik berkobar2..macam2 dalam kpla otak ni nak wat..maklumla..nak exam, maka suasana bilik mestilah berubah dari situasi biasa..sikit pun ok la..ha, katil zaini angkat letak tepi tu..katil saye..ha, letak tmpat loker ni..loker? hmm..angkat letak kat lua..baru luas bilik ni..meja study..letak tgh2..hmm..hahaha..takde la..nak kna kompaun ke Muna sesuki hati je nak alih sume furniture ni..

Semester ni Muna akan mengharungi 9 peperiksaan dan 1 dah lepas - First Aid Skill 1..maka, tinggal 8 lagi..uhhh :(

Kat bawah ni senarai exam untuk sem ni :
28/10 - Tilawah Al-Quran
31/10 - Al Bayan wa Al Badi' Sciences
1/11  - Islam, Knowledge & Civilization
1/11  - Arabic Syntax 2
8/11  - Introduction to General Linguistic
12/11 - Fiqh Al-Ibadat
13/11 - Language Drill
15/11 - Reflection on Prophethic History

Pastu, bermula la cuti sampai pertengahan Disember..

Harapan Muna moga semester ni akan lebih baik buat kami pelajar2 Islamic Education..& buat semua sahabat2 lain yang turut mengambil peperiksaan..moga apa yang kami belajar tidak terhenti hanya setakat peperiksaan, tapi biarlah ilmu tu meresap dan kekal dalam diri kami..aaminnn... (Doktor Zahiri - student banyak melakukan sesuatu kerana exam oriented).. sama2 lah ambik iktibar dari pesanan ustaz kesayangan ISED ni..

Oh, dah panjang lebar bercerita..t nk mengemas entah kemana, Muna gi sambung mimpi plak atas katil..huhu..maka akan berlalulah study week dgn makan & tido..malam exam..study maut..haha..dan amat bersesuaianlah dengan maknanye Study week @ Revision week..biarlah minggu tu yang study n ulangkaji..haha..student tingtong..

Ok, nanti jumpa lagi k..Insyaallah..hargailah pertemuan ini seolah2 kita tidak akan bertemu lagi di pertemuan yang lain..di saat itu, kita akan menyesali kerana tidak pernah menghargai indahnya saat pertemuan walaupun sesaat cuma..di kesempatan ni, Muna mohon ampun & maaf atas salah silap saya k..doakan kejayaan kita semua..tata.titi.tutu.. :)
 

Tuesday, October 19, 2010

Mak......

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat semua pembaca dan yang tidak membaca..hihi...

Hari ni 19 Oktober  2010..tapi Muna bukan nak cerita pasal hari ni, tapi hari semalam, tanggal 18 Oktober 2010, genaplah usia mak 57 tahun..Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak..Muna mewakili adik beradik semua mendoakan agar Mak akan terus diberikan kesihatan yang baik, bahagia bersama suami & anak2 yang sangat mengasihi Mak, serta sentiasa berada di dalam keredhaanNya..

Bonda Norhayati..ketahuilah..kasihmu akan kami kenang sehingga ke akhir hayat..Mak adalah Ibu yang terbaik buat kami..Pengorbananmu melahirkan, membesarkan, memberi pendidikan, menasihati kami, sanggup bersusah demi anak2..Ya Allah..tak terucap dengan kata2, betapa banyaknya jasamu Mak..

Sebak hati mengenangkan calar2 yang telah ku tinggalkan di hatimu Mak..ampunkan anakmu ini..Muna terlalu mengasihimu Mak..namun, Mak tak pernah sekali menyimpan dendam terhadap perbuatan anak2..segalanya diampunkan olehmu dengan hati yang ikhlas....

Walaupun dah besar2 macam ni, masih tak puas mengecap kasih sayang dari Mak..masih mahu terus bermanja dengannya sampailah Mak dah naik bosan :) Namun, Muna tau, itu pasti takkan berlaku..baring bersama2, berselimut sama2, memeluk mak, baring di riba Mak dll..(tak boleh cite lebih2..huhu) Namun, semua ni Muna lakukan bila tinggal Muna , Mak & Abah je kat umah..jatuh la saham klu anak sedara nmpak..haha..lebih teruk, kalau adik beradik Muna tengok..confirm jeles punya..haha..tak la..penangan anak bongsu ni lain sikit..huhu..

Mak..kesenangan dan keselesaan anak2 merupakan keutamaannya..sehinggakan untuk Mak sendiri tak ambil kisah..biar Mak susah, jangan anak2 Mak susah..ohhh.... :(
Mak selalu cakap dengan Muna..mintak2 Allah panjangkan umurnya sampailah Muna kawin..nk sempurnakan majlis anak bongsunya..kalau selepas tu, Mak dah tak ada, sekurang2nya Mak tau, ada orang dh jaga anak dia ni...sebak betul masa tu..terus mengalir air mata ni..mujur masa tu Muna mbelakangkan Mak...sangat2 sedih..... :(

Hmmm..tak sanggup nak meneruskan cerita..terlalu banyak & sudah pasti mengundang juraian air mata..biarlah Muna simpan dan ingat sampai bila2..sempena birthday mak kali ni, kami adik beradik dah sepakat nak hantar Mak Abah pegi bercuti..cuma destinasi belum diputuskan lagi..Mak, Abah, maaf atas segala kekurangan..kami sebagai anak2, akan terus & terus mencuba untuk buat yang terbaik, mengembirakan Mak Abah walaupun kami sedar apa yang kami lakukan, tak akan sama dengan pengorbanan Mak Abah..tapi, dengan keutuhan hubungan kami adik beradik, keharmonian rumah tangga anak2nya, berjaya dalam khidupan masing2 sudah cukup buat mereka....

Sampai di sini sahaja pertemuan kita kali ini...semoga berjumpa lagi..maaf atas segala kekurangan & kesilapan yang telah saya cetuskan..terima kasih ya kerana sudi menyinggah di laman saya :)
Wsalam...

Tuesday, October 5, 2010

Salah faham..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Tiba-tiba rasa rindu nak menaip dan bercerita di laman ni..tapi, walaupun dah ada tajuknya..fikiran ni masih duk melayang..apa isinya ye..hmmm..

Ha, teringat..cerita kali ni biasa sahaja..cuma berkesan di hati Muna sehingga kini & harap sampai bila2...kisahnya cumalah berkaitan dgn perhiasan yang digantung di rumah..Muna percaya, hampir semua rumah kita mempunyai kalimah2 indah seperti ayat seribut dinar, ayat qursi, nama2 Allah, dll yang sewaktu dengannya..Alhamdulillah..satu usaha yang murni dan baik daripada kita menggantung gambar2 yang tiada manfaat dan boleh mendatangkan dosa..bingkai2 tersebut kadang2 boleh mencecah ribuan ringgit. Ukirannya cantik,ditekat dgn benang emas & datang dalam pelbagai versi khat..sangat2 indah..

Tapi..ramai yang alpa..ada sesetengah dari kita yang 'tersalah faham'..membeli pelbagai jenis kalimah2 indah, dengan tujuan untuk 'menyejukkan' rumah, sekadar menggantung di pelbagai sudut, tanpa kita membacanya..malah ada di kalangan kita yang menganggap ia sebagai 'azimat & tangkal' yang boleh melindungi seisi rumah..

Tanpa kita sedar, fungsinya lebih dari itu..yang seharusnya kita buat, bila melihat kalimah tersebut, hati dan bibir turut sama mengucap & melafazkannya..kalimah2 & doa tersebut bukan hanya untuk tontonan, tapi perlu sentiasa kita baca.. inilah yang terbaik. Bagi ada yang mempunyai anak2 kecil, terapkan amalan ini, ajarkan mereka agar sentiasa menyebut & melafazkan kalimah2 dan nama2 Allah yang indah itu..barulah tercetus dan terciptanya bia'h yang solehah, aman & kebahagiaan dalam sesebuah rumah tersebut..ini tak, bingkai2 tersebut hanyalah dipandang sepi..manfaatkanlah setiap peluang dan saat yang ada dengan pengisian yang bermakna..apatah lagi dirumah kita. hidupkanlah dengan syariat Islam..terasa indah & nikmat kehidupan ini..

Takkanlah kita boleh menghabiskan masa berjam2 menonton TV, membaca sarikata yang disediakan, namun tak ada masa langsung untuk kita penuhkan jiwa kita dengan sesuatu yang lebih baik..tak susah. Dongakkan kepala apabila lalu di ruang tamu @ mana2 tempat yang kita gantungkan kalimah indah tersebut, maka baca @ lafazkanlah di dalam hati..dosa pahala, ganjaran semuanya kuasa Allah..kita sebagai hamba, jangan hanya sekadar mengejar amal ibadat yang besar2, sehingga melupakan perkara seperti ini..kerana semua amalan kita, walau sebesar zarah, takkan terlepas dr hisabNya..

Wallahua'lam..ni cumalah secebis coretan dari Muna..tidak ada niat untuk tunjuk pandai @ sebagainya..ambillah ia sebagai peringatan dalam hidup kita - klu nk ingat la :) Sampai sini sahaja dulu pertemuan kita..Namun jika ini pertemuan kita yang terakhir, Muna hulurkan salam kemaafan dari semua..jika terdapat kesalahan dari Muna ye..terima kasih..Assalamualaikum...