Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 31, 2010

Taraf Pendidikan..

Assalamualaikum..apa kabar semua..btemu sekali lagi di laman yang sama tapi dengan tajuk yang berbeza..bulan Oktober ni, kerajinan Munauwarah sangat tinggi nak merepek kat laman ni..hihi..untuk kali ni, Muna nak kongsi 1 cerita......

Pada suatu hari, ada seorang pelancong asing nak pergi ke Jalan Damai..memandangkan itu kali pertama dia nak ke situ, maka dia pun bertanya seorang budak yang kebetulan lalu di hadapannya...Adik, Jalan Damai terletak berhampiran pasar raya tu ya ?  'Ha ah'...jawab budak tu sambil mengangguk...Pelancong tu menggaru2 kplanya kerana baru kali pertama mndgr perkatan ha ah..tapi apabila melihat reaksi budak tersebut yang menganggukan kpla, maka dia berpendapat bahawa jawapan budak itu ialah 'ya'..

Namun, untuk lebih mengesahkan, pelancong tersebut bertanya pula kepada seorang lelaki remaja, soalan yang sama..dan remaja tersebut menjawab benar sambil menganggukkan kepala..sekali lagi pelancong tersebut confused bila dgr perkataan 'benar'..namun dia menganggap maksud remaja tersebut ialah 'ya' kerana remaja tersebut menganggukkan kpla..

Pelancong tersebut meneruskan perjalanan..buat kali yang terakhir, dia bertanya pula kepada seorang dewasa yang kebetulan berada di tempat kejadian..lelaki tersebut menjawab 'betul' sambil menganggukkan kpla..dan pelancong tersebut yang tidak pernah mendengar perkataan tersebut akhirnya bertanya...

Saya sudah bertanya kepada 3 orang dgn soalan yang sama, namun sy mendapat jawapan yang berbeza..' ha a, benar & betul..apakah maksudnye..

Dengan tenang lelaki tersebut menjawab..oh, ketiga3 jawapan tersebut bermaksud 'ya'..cuma yang membezakan..jika seseorang menjawab 'ha a', itu bermakna tahap pendididikannya cuma setakat darjah 6..dan bagi yang memberi jawapan 'benar', itu tandanya dia cuma seorang pelajar sekolah menengah biasa..dan siapa yang menjawab 'betul', maka dia itu seorang sarjana yang sudah berjaya menyelesaikan pelajarannya di universiti...
Oh, begitu..maksudnya kamu ni seorang sarjana ?

Dengan bangganya lelaki tersebut menjawab "ha a...".

Pengajarannya, jangan berlagak dengan ilmu yang dimilik..ilmu bukan untuk dibangga2, tapi perlu di praktikkan..barulah ada keberkatan dalam menuntutnya..tingginya tahap pendidikan kita bukan lagi jaminan 100% untuk kita menjadi manusia yang serba sempurna..

Sekian saja dari Muna untuk kali ini :) jumpa lagi..Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment