Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, March 8, 2010

Kasih Sayang....

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Dah lama x menulis sesuatu kt laman ni..terlalu banyak urusan lain..cehh..cam bagus je bunyi..malam ni ada mid term untuk subjek Method in Teaching Islamic Education 1, tapi masih sempat lagi merapu dlm ni..ish3..muna...muna...besok pun ada..hmmmm.....4 surah untuk dihafaz masih belum mula lagi..ish3..munauwarah..munauwarah...

Kali nie nak cerita pasal kasih sayang..hmm..siapa yg terasa dirinya disayangi & menyayangi..maka bolehlah baca entri nie..klu yg tak ada pulak ?? hmmm...diwajibkan..hehe..takde la. Sume yang singgah kat umah saya di alam maya ni of course le baca kisah ni. btul x ? haha..perasan je Muna ni..Ada ke yg singgah.. :(

Membebel la pulak..x boleh lama2 ni..byk lagi topik nk cover utk mlm ni.. Tak ada yg best sgt pun..cuma nk berkongsi dengan sesiapa yg mungkin setuju & sependapat dgn saya..bg yg x setuju, maap la yer..ni cuma rasa hati kecilku sahaja..

Baru2 ni Muna menonton 2 buah cerita..Papadom & Ketika Cinta Bertasbih (ketinggalan betoi Muna ni kan). Sebelum ni x berminat..tp bila Nabila (my roommate) bagi Muna cerita ni..so, tgk ajelah..

Papadom mengisahkan kasih seorang bapa yang terlalu menyayangi anak perempuannya sehinggakan dia mengawal setiap pergerakan & aktiviti ank perempuan dia tu ( lakonan afdlin, khiriah & liyana ). Semua ni berlaku setelah kematian isterinya sbb dia xnk lagi terlepas peluang melihat ank dia mbesar depan mata ( masa isteri dia hidup, dia kurang tumpu pada keluarga kerana terlalu kuat bekerja ). 

Dalam cerita ni kita boleh lihat macam mana seorang ayah yang nak bgtau yg dia terlalu sygkan ank dia tu, tapi x terluah dgn kata2, maka dia tnjukkan melalui perbuatan dia sehinggakan dia sanggup buat apa sahaja dan x boleh langsung menerima sekiranya anak dia terdedah kepada kesilapan & kesusahan..

Cerita ni sarat dengan motif kekeluargaan & kasih sayang..tak rugi menontonnya berkali2..best la.. lawak dan di selang seli dgn sedih, so terhasil la..PAPADOM.

Cerita kedua, Ketika Cinta Bertasbih..panjang jalan ceritanya. Ia mengisahkan ttg Khairul Azzam yang menuntut ilmu di Cairo. Sangat sedih apabila melihat pengorbanan dia survive di negara orang selama 9 tahun. Dia bijak, tapi demi nak tolong kuaga, dia sanggup mnjadi pembuat tempe n bakso demi menyara hidup kuaga di kmpung..Part sedih bila dia pulang ke tanah air. Hmm..menyentuh perasaan betoi. Then, bemulalah pencarian dia mencari calon isteri. Masa kt Cairo dia pernah melamar sorang student. Tp ditolak, dgn alasan x setaraf sbb perempuan tu lbih tggi taraf pdidikannya. Lgpun pmpn tu dh dilamar oleh org lain.Pelbagai dugaan dan orang yang ditemui, akhirnya, dia bertemu jugak jodoh dgn wanita yang pernah ingin dilamarnya semasa menuntut di Cairo. Selain motif cinta, cerita ni turut memaparkan kisah kekeluargaan dan akhlak2 terpuji sebagai seorang hamba dengan Penciptanya, seorang hamba dengan keluarganya, seorang hamba dengan masyarakat, tentang seorang hamba yang sangat memuliakan & menghargai ilmu yang diperolehinya.

Muna cuma cerita secara umum..mungkin bagi yang pernah menonton, merasakan ada banyak lagi kisah di sebaliknya..apa pun..dua2 cerita ni..BEST.

Ok lah. masa untuk study..hmm..pening2..kena cari feel la dlu..kena cari rasa cinta dulu..haha..barulah semangat nk study & 'menatap' nota2 ni..haha..gedik..bukan pe..klu xde feel..pyh nk phm..tp klu terlebih ambik feel pyh jugak..risau bukan study..tapi studo la jwb nyer..

Ok la ( berapa kali ok daaa ).. sehingga ketemu lagi..daaaa ( pengaruh kuat btul cite indon..ish3 ) sehingga berjumpa lagi..assalamualaikum..