Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru..( masa pertukaran tahun Islam baru2 nie, ramai yang alpa akibat ralit menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Vietnam. Terlampau seronok Malaysia menang sampai terlepas detik detik baru dalam kalendar Islam )..

Muna bukan nak ulas pasal bola tu, tapi nak menyingkap kembali apa yang berlaku sepanjang tahun 2009 ni, suka duka kami sekeluarga..kalau nak dikira terlalu banyak, so Muna stressed yang besar2 dan gempak sahaja..

Pada tarikh 28 April 2009, kami dikejutkan dengan kemalangan abang Syam (abang no 6) di Shah Alam. Masa tu dia dalam perjalanan nak menjemput Kak Nini dari sekolah. Patah tulang peha kaki kiri. Kata Doktor patah 3 tulang tu..wallahua'lam..so kena masuk besi sepanjang peha kiri tu..sekarang katanye dah bercambah tulang baru. Alhamdulillah, sekarang dah beransur pulih walaupun cara jalan dah x segagah dulu.hehe...

Kemudian, pada tanggal 30 Mei 2009, abang Im (abang no 4)melansungkan perkahwinannya dengan kak Yanie orang dari Terengganu. Maka, dengan ini bertambah la ahli kakak ipar Muna menjadi 6 orang kesemuanya - k.Eri,k.Syikin,k.Ina,k.Yani,k.Ila,k.Nini (jgn ada hati nak tambah ye abang2ku). so, tinggallah Muna yang masih solo molo. Ala, no hal la..br je nak masuk 24, muda belia lg..hehe

Pada 3 September 2009, abg Farid @ Arid (nama glemer), abg muna no 5 berjaya membuka sebuah butik pakaian yang diberi nama Butik Busana Pesona di Mentakab Pahang hasil usaha sama isterinya K.Ila..hehe..tak sangka pun dia minat bisnes, macam xada bakat (jgn mare) tp siapa la kita nak mengagak..diam2 ubi berisi..dan skrg Muna merupakan pelanggan tetap butik ni..

Pada 13 Disember 2009 - macam yg dh diceritakan sebelum ni, kelab anak sedara muna dah bertambah dengan kelahiran Nur Fatin Huwaida Bt Syamsul Hijri. tapi nak tambah kat sini, memang cik Fatin nie ada chemistry la dgn no 1 & 3..Dia lahir pada tanggal 13 Dis sama dengan ummi n abinya nikah, kemudian dia merupakan anak sedara muna yg ke 13. Dan cik Fatin ni lahir pada jam 11.33 pagi..hmmm... kebetulan je la cik una..

Pada tahun ini juga, atuk Shah telah kembali ke rahmatullah pada tarikh 26 Disember
2009. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama insan yang soleh..Al -Fatihah...

Peristiwa yg last ni, x ada la gempak n best pun pada orang lain. Tapi ia dh mengubah sedikit diri Muna..haaa..apa tuu..jangan fikir bukan2, tak baik..sebenarnya, mata cik Una ni dah rabun. So terpaksa la pakai spec..selama ni, Muna x suka dan x sangka pakai spec. Bagi Muna, bila pakai spec, Allah dah tarik sedikit nikmat Muna untuk melihat. Ia dah jadi sedikit terbatas. Wallahua'lam. Itu semua kerja allah. Janganlah kita sebagai hamba jangan persoalkannya. Terima dengan redha.

Ada 1 cerita sebenarnya kenapa Muna x suka pakai spec. Dulu ada anak kawan abah ni, perempuan, pakai spec. Dia cantik & bijak..tapi disebabkan dia pakai spec, so ada orang lelaki yang x suka dia sebab rasa diri pempuan tu dah kurang. Tu la sejarahnya. Tapi sekarang, ahh! lantaklah, mata aku !!!! ish, x baik la Muna. Mata ni cuma pinjaman..oppsss..astaghfirullahhal a'zim

Itu la serba sedikit perkongsian sebelum melangkah ke tahun baru...jumpa lagi tahun depan (2010)..daaa....

Wednesday, December 30, 2009

JAJA & Din

Assalamualaikum semua..untuk post kali nie..Muna nk kongsi dengan sume sebuah kisah yang Muna baca dari novel Jaja & Din..pemberian dari seseorang yang istimewa di hatiku..chewah..

Ni first time Muna ada novel dari koleksi Jemari Seni Publishing..cute dia punya cover..cuba beralih angin la pulak..dh jenuh dihadapkan dengan novel cintan cintun yang hampir sama aje jalan ceritanya..novel nie lain sikit..kisah cinta tu ada..tapa balance la.cinta sesama manusia serta cinta kepada Penciptanya dan kehidupan yang zuhud..

Muna cerita ckt la sinopsisnye..ne blh lbih2..beli sdri la..hehe..jgn mare..

Watak utamanya Jaja & Din..Jaja nie seorang media planner..so, 1 hari member dia mntak pndpat dia utk pilih 1 gmbr yg sesuai utk iklan hari raya. Nak dijadikan cerita, dia tertarik la pada 1 gmbr nie di mana ada seorang lelaki sedang berteleku di sebuah tanah perkuburan.Dan2 je Jaja terus jatuh cinta pada lelaki tu wlupun dia xknal lnsg.

Maka bermulalah pencarian Jaja..puas dia mcari lokasi tnh perkuburan tu tp x brjaya. Tp, mgkin jodoh diorang kuat. Byk kali jugak diorang terserempak wlupun x penah berbicara. Nak dijadikan cerita. Din - pelajar lulusan Universiti Al-Azhar Mesir, buat rak kabinet di rumah Jaja, So Jaja dh x nak lepaskan peluang. Dia suruh ayah & ibunya meminang Din..

Dipendekkan cerita, kawin la diorang. Jaja yg dh biasa hidup senang, terpaksa akur dgn khidupan Din yang serba sederhana. Namun, dalam kesederhanaan, dia x mengabaikan perasaan Jaja. Jaja yg asalnya bagai langit dengan bumi dari segi sikap, amal ibadat dan pakaian akhirnya berjaya menjadi isteri mithali bagi Din.

Tak perlu kekayaan dan sikap romantik yg terlebih, Din mampu membuat Jaja bangga menjadi isteri cuma dengan sebaris pujian. Itupun jarang-jarang berlaku. Setiap teguran dan peringatan tentang hukum Allah disampaikan bersahaja dan penuh kelembutan, membuatkan Jaja x menyesal dgn keputusannya.

Cerita ni x ada konflik sgt. ckt je masa Jaja nk sesuaikan dgn khidupan zuhud Din & masa nak bergaul dgn ahli keluarga Din. Cuma ada part sedih bila Din nak pegi berjihad ke Afghanistan. Dia pesan, klu dia x balik dalam masa setahun, dia pinta Jaja jgn menunggunya lagi..x lama lepas pemergian Din ke sana, Jaja menerima berita yg Din x dpt dikesan dan pihak di sana cuma menjumpai cincin perkahwinannya sahaja.

Jaja menerima berita tu dgn tabah. Dia sentiasa igt pesan Din.. Namun, ajal maut di tgn Allah, Din kembali ke pangkuan Jaja walaupun dirinya sudah tidak sempurna bilamana jarinya sudah kudung..Tamatttt.....

Hmmm..indahnya hidup jika dapat ketua keluarga yang sebegini..Insyaallah..banyakkan berdoa moga dikurniakan suami yang soleh.. Muna suka watak lelaki dalam novel nie dan novel Ayat-ayat Cinta. Yela, siapa yang xnak suami yang boleh membimbing kita ke jalan syurga.. hmmmm....mungkinkah 'dia'...lelaki lindungan kaabah buatku..hehe..sshhhhhhh....

(nak letak preview novelnye, tp problem lak line mlm nie)

Sunday, December 13, 2009

Ahli keluarga baru




Tanggal 13 Disember 2008 & 13 Disember 2009 telah mencatat sejarah bagi keluarga Muna kerana 2 peristiwa besar telah berlaku..jeng..jeng..jeng..hehe..suspen tak..

Bukannye ape, sebab dari dua tarikh tersebut,pertama keluarga kami menerima ahli baru - kak nini yang secara rasmi telah menjadi kakak ipar muna..hehe..gambar kat atas masa di pasir mas.ada 1 gambar ni je dalam Hp.

Dan, pada tarikh hari ini (tanggal yang sama, cuma tahun yg membezakan)keluarga kami menerima seorang lagi ahli keluarga yang baru..abg syam dan kak nini baru shj menerima cahayamata puteri pada pukul 11.30 pg td..hmm..akhirnya berakhir penantian kami sume selama ini.

Nnt la muna post kan gmbr pas ckup umur baby 44 hari..(eh,terasa mcm diva Erra la plak.hehe.jgn mare..) gurau je..t abi dia dh post, blh la ltk. Maka, kini club anak sedara cik Una yg dah berdaftar adalah seramai 13 org. Mjur cik una nye blaja lagi..hehe.idak kopak time raya..(kedekutnya mak sedare)..

Ok,setakat ni sj dahulu..buat pelawat sume..jumpa lagi di lain masa..daaa...

Wednesday, December 9, 2009

Pelancaran pertama

Hehe..bunyi ayat kat atas macam best je..bukan pelancaran buku or album..tapi pelancaran blog nie buat kali pertama..hehe..

Sebelum nie tak penah serius..create je blog then tinggal macam tu aje..so harap2 kali ni, biar la blogku yg penuh dengan bunga menghias 'rumahku' ini berkekalan dan bertambah baik dari semasa ke semasa..

Kebetulan plak sekarang 1st week dan kami masih sibuk dengan add & drop subject, jadi agak banyak la masa nak mghadap benda2 mcm nie..tak lupa ucapan terima kasih buat tok guruku, cik Jeny yang bersabar melayan karenahku serta laptopku yang banyak beno masalah teknikalnya..

Hmm..tu aje kot untuk pelancaran pertama nie..x boleh byk2.nk test power je..So, kepada sume sahabat2 yang sudi menyinggah di laman ini, ucapan terima kasih dan salam persahabatan ku hulurkan..moga laman ini menjadi medium kepada kita sume bagi berkongsi ilmu dan pendapat di samping memanjangkan persaudaraan kita..Harap segalanya berjalan lancar..

Tuesday, December 8, 2009

ALLAH WUJUD DAN KEKAL

Hari Rabu ibarat hari Ahad bagi Muna..sebabnye Muna xde kelas hari nie..mmg x ada dalam jadual..so, dh x ada kelas nie, rasa boring la ckit..tp hepi yg byk..hehehe..

Hari nie,muna nak kongsi 1 cerita dengan pelawat semua berkenaan seorang pemuda & seorang tukang gunting rambut. Mungkin dh ramai yg tau, tp x salah sekiranya kita mendengarnya berkali2 jika utk kebaikan..kisahnya bermula begini.......(music please..)

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Shah (hanya rekaan) telah mendapat tawaran pekerjaan di salah sebuah ibu pejabat di ibu kota. Beliau merasa amat gembira dan berjanji kpd dirinya yg beliau akan bekerja bersungguh2 dan menjadi pekerja contoh baik dari segi penampilan diri dan kualiti kerja.

Dipendekkan cerita, beliau pun pergi ke sebuah kedai gunting rambut (masa menganggur, rambut Shah ala2 ustaz akhil gitu..jgn mare..rebonding tuu). Sambil menunggu tukang gunting tersebut 'merepair' rambutnya, mereka berbual pelbagai isu semasa.

Tiba-tiba...tukang gunting tersebut berkata..'anak percaya x dengan kewujudan Allah ?'

Shah menjawab,'sudah tentu pakcik. Kita sebagai Muslim yang sejati harus percaya dengan kewujudan Allah dan segala kekuasaanNya serta menerima apa jua yang datang dariNya. Dan ia merupakan asas keimanan kita yang utama. Kenapa pakcik ?'..

'Pakcik tau semua tu, tapi pakcik musykil. Cuba anak lihat dunia sekarang. Kekejaman berlaku di mana2. bahkan ramai orang Islam yang menjadi mangsa.Kemelaratan hidup yang tiada berkesudahan. Nah, cuba tgk pengemis di luar tu..berjalan kesana kemari meminta simpati..Malah, banyak lagi kisah yang berakhir dengan kematian akibat percaturan dunia yang kejam. Kejahatan berleluasa. Jadi, dimanakah Allah..??

Shah hanya terdiam dan beristighfar di dalam hati dan berbisik..'sesungguhnya Allah itu Wujud dan itulah sifat bagiNya..'..

Sesudah membayar, Shah pun keluar dan berjalan2 di kaki lima kedai tersebut. Tiba-tiba langkahnya terhenti dan dia tersenyum...

Shah masuk semula ke kedai gunting tadi lalu berkata,'Pakcik, nampaknya dunia ni sudah tidak wujud lagi tukang gunting rambut'..

'Hey, apa yang kamu merepek nie ! Kalau tidak wujud, habis, siapa yang menggunting rambut kamu sebentar tadi. Cuba kamu tgk sijil2 yg aku perolehi di dinding tue hasil kepakaran aku dalam bidang ini. Apa niat kamu sebenarnya memperlekehkan kerja aku ha ! .. Pakcik tersebut kelihatan begitu marah kerana merasakan shah mengejek akan kerjanya.

Masih kekal tersenyum, Shah menjawab dengan tenang..' Sabar pakcik.jangan mudah melatah. Begini..cuba pakcik lihat keadaan pengemis di luar tue. Rambutnya panjang, kusut masai. Jambangnya tumbuh meliar tidak terurus. Bukankah sudah menjadi tugas tukang gunting untuk memperkemaskannya seperti mana pakcik lakukan kepada saya. Tapi tengoklah, tiada siapa pun tukang gunting rambut yang mahu melakukannya'..

'Ah. kamu ni ! Bukankah kamu sudah tau. Tugas kami ialah menunggu pelanggan. lagipun cuba kamu lihat keadaannya. Mana mampu dia membayarnya. Hendak makan pun belum tentu. bukan salah aku kalau dia tidak datang ke kedai ini'..

'Baiklah, sekarang pakcik dengar kata-kata saya ye..

Pakcik mengatakan Allah tidak wujud dan seolah2 menyalahkan kekuasaan Allah sedangkan Allah tidak pernah meletakkan syarat untuk kita menghadapNya sepertimana pakcik meletakkan syarat kepada pelanggan yang mana mereka seharusnya mempunyai wang.

Dan, ingatlah betapa ramai manusia yang sombong di atas muka bumi ini yang begitu keras hati mereka untuk meminta pertolongan dan mengadu Kepada yang Esa walaupun dalam waktu kesusahan.

Allah menerima dan menyayangi hambaNya yang tidak putus berserah kepadaNya ketika dalam waktu yang getir kerana sudah fitrah bahawa manusia itu lemah dan hidup kita bergantung kepada Allah.

Ingatlah, Allah itu Kekal dan Wujud, cuma ramai manusia yang alpa dan tidak pergi kepadaNya. Beristighfarlah pakcik. segeralah bertaubat..Allah itu Maha Pengampun, Maha Mendengar dan Memberi..

Pakcik tadi terdiam dan mula menyesal dengan kata2nya. Siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan kekuasaan Allah..
'