Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru..( masa pertukaran tahun Islam baru2 nie, ramai yang alpa akibat ralit menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Vietnam. Terlampau seronok Malaysia menang sampai terlepas detik detik baru dalam kalendar Islam )..

Muna bukan nak ulas pasal bola tu, tapi nak menyingkap kembali apa yang berlaku sepanjang tahun 2009 ni, suka duka kami sekeluarga..kalau nak dikira terlalu banyak, so Muna stressed yang besar2 dan gempak sahaja..

Pada tarikh 28 April 2009, kami dikejutkan dengan kemalangan abang Syam (abang no 6) di Shah Alam. Masa tu dia dalam perjalanan nak menjemput Kak Nini dari sekolah. Patah tulang peha kaki kiri. Kata Doktor patah 3 tulang tu..wallahua'lam..so kena masuk besi sepanjang peha kiri tu..sekarang katanye dah bercambah tulang baru. Alhamdulillah, sekarang dah beransur pulih walaupun cara jalan dah x segagah dulu.hehe...

Kemudian, pada tanggal 30 Mei 2009, abang Im (abang no 4)melansungkan perkahwinannya dengan kak Yanie orang dari Terengganu. Maka, dengan ini bertambah la ahli kakak ipar Muna menjadi 6 orang kesemuanya - k.Eri,k.Syikin,k.Ina,k.Yani,k.Ila,k.Nini (jgn ada hati nak tambah ye abang2ku). so, tinggallah Muna yang masih solo molo. Ala, no hal la..br je nak masuk 24, muda belia lg..hehe

Pada 3 September 2009, abg Farid @ Arid (nama glemer), abg muna no 5 berjaya membuka sebuah butik pakaian yang diberi nama Butik Busana Pesona di Mentakab Pahang hasil usaha sama isterinya K.Ila..hehe..tak sangka pun dia minat bisnes, macam xada bakat (jgn mare) tp siapa la kita nak mengagak..diam2 ubi berisi..dan skrg Muna merupakan pelanggan tetap butik ni..

Pada 13 Disember 2009 - macam yg dh diceritakan sebelum ni, kelab anak sedara muna dah bertambah dengan kelahiran Nur Fatin Huwaida Bt Syamsul Hijri. tapi nak tambah kat sini, memang cik Fatin nie ada chemistry la dgn no 1 & 3..Dia lahir pada tanggal 13 Dis sama dengan ummi n abinya nikah, kemudian dia merupakan anak sedara muna yg ke 13. Dan cik Fatin ni lahir pada jam 11.33 pagi..hmmm... kebetulan je la cik una..

Pada tahun ini juga, atuk Shah telah kembali ke rahmatullah pada tarikh 26 Disember
2009. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama insan yang soleh..Al -Fatihah...

Peristiwa yg last ni, x ada la gempak n best pun pada orang lain. Tapi ia dh mengubah sedikit diri Muna..haaa..apa tuu..jangan fikir bukan2, tak baik..sebenarnya, mata cik Una ni dah rabun. So terpaksa la pakai spec..selama ni, Muna x suka dan x sangka pakai spec. Bagi Muna, bila pakai spec, Allah dah tarik sedikit nikmat Muna untuk melihat. Ia dah jadi sedikit terbatas. Wallahua'lam. Itu semua kerja allah. Janganlah kita sebagai hamba jangan persoalkannya. Terima dengan redha.

Ada 1 cerita sebenarnya kenapa Muna x suka pakai spec. Dulu ada anak kawan abah ni, perempuan, pakai spec. Dia cantik & bijak..tapi disebabkan dia pakai spec, so ada orang lelaki yang x suka dia sebab rasa diri pempuan tu dah kurang. Tu la sejarahnya. Tapi sekarang, ahh! lantaklah, mata aku !!!! ish, x baik la Muna. Mata ni cuma pinjaman..oppsss..astaghfirullahhal a'zim

Itu la serba sedikit perkongsian sebelum melangkah ke tahun baru...jumpa lagi tahun depan (2010)..daaa....

No comments:

Post a Comment