Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 4, 2010

I'm back...

Assalamualaikum semua...

Ni post pertama bagi tahun 2010.. kali ni cuma nak kongsi aktiviti Muna pada hari nie..baru je nak melepaskan lelah setelah berhempas pulas menghasilkan sebuah ucapan untuk kelas BM nanti..bunyi macam best je..mengalahkan buat ucapan untuk event yang besar je kan..padahal biasa-biasa aje..tak adanya sampai lelah.tapi biasa la manusia.kalau bercakap, mesti kasi tambah pelbagai perasa kasi sedap cerita..hehe..Muna je kot..

Sebenarnya ucapan Muna buat dari pukul sepuluh tadi, cuma untuk 8-10 minit sahaja..tapi nak buat, macam nak sediakan teks yang akan di baca oleh Perdana Menteri..hehe...tapi bab ucapan ni, nanti la Muna cerita..

Tadi, Muna pergi negeri yang bernama Sembilan. Eh, ke negeri yang bernama Negeri Sembilan..hehe..hantar anak sedara balik asrama setelah lama bercuti..kikkikkik (gelak jahat). Haikal dah masuk Tingkatan 2 di SMAP Labu tahun nie..

Sebelum balik tadi, sempat la menyaksikan drama air mata sekejap..siapa lagi kalau bukan Ummi dan neneknya..Al-maklumlah..jauh berpisah..Muna yang sekolah sejengkal dari rumah ari tu pun, bila time balik asrama..huhu..tak mau ingat..kenangan yang paling dahsyat..huhu..

Selain Haikal, kakak - anak abang Ngah & kak Eri pun mendaftar asrama hari nie..masuk Tingkatan 1 di SMKA TAHAP - my previous school..kakak blaja rajin-rajin noo..jangan langgar peraturan sekolah dan asrama..contohilah che Una..kuikui..boleh pcaya ke..ala, 'nakal' cikittttttttt je dulu. maklum la..kanak-kanak ribena..sekarang ni dak dah...

Nampaknya, tahun 2010 nie,Cik Una dah terserlah ketuaannye ( jgn marah ye cikgu BM ). Dua orang anak sedara dh masuk sekolah menengah..tapi takpe..semakin lama, semakin bertambah kematangan dan pengalaman hidup...Insyaallah.

Rasa nak berhenti kat sini la..dah sakit satu badan..kepenatan..tak baring-baring sejak pagi tadi..lagipun besok ada kelas.semoga ketemu lagi di lain masa..daa...

No comments:

Post a Comment