Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 30, 2009

JAJA & Din

Assalamualaikum semua..untuk post kali nie..Muna nk kongsi dengan sume sebuah kisah yang Muna baca dari novel Jaja & Din..pemberian dari seseorang yang istimewa di hatiku..chewah..

Ni first time Muna ada novel dari koleksi Jemari Seni Publishing..cute dia punya cover..cuba beralih angin la pulak..dh jenuh dihadapkan dengan novel cintan cintun yang hampir sama aje jalan ceritanya..novel nie lain sikit..kisah cinta tu ada..tapa balance la.cinta sesama manusia serta cinta kepada Penciptanya dan kehidupan yang zuhud..

Muna cerita ckt la sinopsisnye..ne blh lbih2..beli sdri la..hehe..jgn mare..

Watak utamanya Jaja & Din..Jaja nie seorang media planner..so, 1 hari member dia mntak pndpat dia utk pilih 1 gmbr yg sesuai utk iklan hari raya. Nak dijadikan cerita, dia tertarik la pada 1 gmbr nie di mana ada seorang lelaki sedang berteleku di sebuah tanah perkuburan.Dan2 je Jaja terus jatuh cinta pada lelaki tu wlupun dia xknal lnsg.

Maka bermulalah pencarian Jaja..puas dia mcari lokasi tnh perkuburan tu tp x brjaya. Tp, mgkin jodoh diorang kuat. Byk kali jugak diorang terserempak wlupun x penah berbicara. Nak dijadikan cerita. Din - pelajar lulusan Universiti Al-Azhar Mesir, buat rak kabinet di rumah Jaja, So Jaja dh x nak lepaskan peluang. Dia suruh ayah & ibunya meminang Din..

Dipendekkan cerita, kawin la diorang. Jaja yg dh biasa hidup senang, terpaksa akur dgn khidupan Din yang serba sederhana. Namun, dalam kesederhanaan, dia x mengabaikan perasaan Jaja. Jaja yg asalnya bagai langit dengan bumi dari segi sikap, amal ibadat dan pakaian akhirnya berjaya menjadi isteri mithali bagi Din.

Tak perlu kekayaan dan sikap romantik yg terlebih, Din mampu membuat Jaja bangga menjadi isteri cuma dengan sebaris pujian. Itupun jarang-jarang berlaku. Setiap teguran dan peringatan tentang hukum Allah disampaikan bersahaja dan penuh kelembutan, membuatkan Jaja x menyesal dgn keputusannya.

Cerita ni x ada konflik sgt. ckt je masa Jaja nk sesuaikan dgn khidupan zuhud Din & masa nak bergaul dgn ahli keluarga Din. Cuma ada part sedih bila Din nak pegi berjihad ke Afghanistan. Dia pesan, klu dia x balik dalam masa setahun, dia pinta Jaja jgn menunggunya lagi..x lama lepas pemergian Din ke sana, Jaja menerima berita yg Din x dpt dikesan dan pihak di sana cuma menjumpai cincin perkahwinannya sahaja.

Jaja menerima berita tu dgn tabah. Dia sentiasa igt pesan Din.. Namun, ajal maut di tgn Allah, Din kembali ke pangkuan Jaja walaupun dirinya sudah tidak sempurna bilamana jarinya sudah kudung..Tamatttt.....

Hmmm..indahnya hidup jika dapat ketua keluarga yang sebegini..Insyaallah..banyakkan berdoa moga dikurniakan suami yang soleh.. Muna suka watak lelaki dalam novel nie dan novel Ayat-ayat Cinta. Yela, siapa yang xnak suami yang boleh membimbing kita ke jalan syurga.. hmmmm....mungkinkah 'dia'...lelaki lindungan kaabah buatku..hehe..sshhhhhhh....

(nak letak preview novelnye, tp problem lak line mlm nie)

No comments:

Post a Comment