Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 8, 2009

ALLAH WUJUD DAN KEKAL

Hari Rabu ibarat hari Ahad bagi Muna..sebabnye Muna xde kelas hari nie..mmg x ada dalam jadual..so, dh x ada kelas nie, rasa boring la ckit..tp hepi yg byk..hehehe..

Hari nie,muna nak kongsi 1 cerita dengan pelawat semua berkenaan seorang pemuda & seorang tukang gunting rambut. Mungkin dh ramai yg tau, tp x salah sekiranya kita mendengarnya berkali2 jika utk kebaikan..kisahnya bermula begini.......(music please..)

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Shah (hanya rekaan) telah mendapat tawaran pekerjaan di salah sebuah ibu pejabat di ibu kota. Beliau merasa amat gembira dan berjanji kpd dirinya yg beliau akan bekerja bersungguh2 dan menjadi pekerja contoh baik dari segi penampilan diri dan kualiti kerja.

Dipendekkan cerita, beliau pun pergi ke sebuah kedai gunting rambut (masa menganggur, rambut Shah ala2 ustaz akhil gitu..jgn mare..rebonding tuu). Sambil menunggu tukang gunting tersebut 'merepair' rambutnya, mereka berbual pelbagai isu semasa.

Tiba-tiba...tukang gunting tersebut berkata..'anak percaya x dengan kewujudan Allah ?'

Shah menjawab,'sudah tentu pakcik. Kita sebagai Muslim yang sejati harus percaya dengan kewujudan Allah dan segala kekuasaanNya serta menerima apa jua yang datang dariNya. Dan ia merupakan asas keimanan kita yang utama. Kenapa pakcik ?'..

'Pakcik tau semua tu, tapi pakcik musykil. Cuba anak lihat dunia sekarang. Kekejaman berlaku di mana2. bahkan ramai orang Islam yang menjadi mangsa.Kemelaratan hidup yang tiada berkesudahan. Nah, cuba tgk pengemis di luar tu..berjalan kesana kemari meminta simpati..Malah, banyak lagi kisah yang berakhir dengan kematian akibat percaturan dunia yang kejam. Kejahatan berleluasa. Jadi, dimanakah Allah..??

Shah hanya terdiam dan beristighfar di dalam hati dan berbisik..'sesungguhnya Allah itu Wujud dan itulah sifat bagiNya..'..

Sesudah membayar, Shah pun keluar dan berjalan2 di kaki lima kedai tersebut. Tiba-tiba langkahnya terhenti dan dia tersenyum...

Shah masuk semula ke kedai gunting tadi lalu berkata,'Pakcik, nampaknya dunia ni sudah tidak wujud lagi tukang gunting rambut'..

'Hey, apa yang kamu merepek nie ! Kalau tidak wujud, habis, siapa yang menggunting rambut kamu sebentar tadi. Cuba kamu tgk sijil2 yg aku perolehi di dinding tue hasil kepakaran aku dalam bidang ini. Apa niat kamu sebenarnya memperlekehkan kerja aku ha ! .. Pakcik tersebut kelihatan begitu marah kerana merasakan shah mengejek akan kerjanya.

Masih kekal tersenyum, Shah menjawab dengan tenang..' Sabar pakcik.jangan mudah melatah. Begini..cuba pakcik lihat keadaan pengemis di luar tue. Rambutnya panjang, kusut masai. Jambangnya tumbuh meliar tidak terurus. Bukankah sudah menjadi tugas tukang gunting untuk memperkemaskannya seperti mana pakcik lakukan kepada saya. Tapi tengoklah, tiada siapa pun tukang gunting rambut yang mahu melakukannya'..

'Ah. kamu ni ! Bukankah kamu sudah tau. Tugas kami ialah menunggu pelanggan. lagipun cuba kamu lihat keadaannya. Mana mampu dia membayarnya. Hendak makan pun belum tentu. bukan salah aku kalau dia tidak datang ke kedai ini'..

'Baiklah, sekarang pakcik dengar kata-kata saya ye..

Pakcik mengatakan Allah tidak wujud dan seolah2 menyalahkan kekuasaan Allah sedangkan Allah tidak pernah meletakkan syarat untuk kita menghadapNya sepertimana pakcik meletakkan syarat kepada pelanggan yang mana mereka seharusnya mempunyai wang.

Dan, ingatlah betapa ramai manusia yang sombong di atas muka bumi ini yang begitu keras hati mereka untuk meminta pertolongan dan mengadu Kepada yang Esa walaupun dalam waktu kesusahan.

Allah menerima dan menyayangi hambaNya yang tidak putus berserah kepadaNya ketika dalam waktu yang getir kerana sudah fitrah bahawa manusia itu lemah dan hidup kita bergantung kepada Allah.

Ingatlah, Allah itu Kekal dan Wujud, cuma ramai manusia yang alpa dan tidak pergi kepadaNya. Beristighfarlah pakcik. segeralah bertaubat..Allah itu Maha Pengampun, Maha Mendengar dan Memberi..

Pakcik tadi terdiam dan mula menyesal dengan kata2nya. Siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan kekuasaan Allah..
'

No comments:

Post a Comment