Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 5, 2010

Salah faham..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Tiba-tiba rasa rindu nak menaip dan bercerita di laman ni..tapi, walaupun dah ada tajuknya..fikiran ni masih duk melayang..apa isinya ye..hmmm..

Ha, teringat..cerita kali ni biasa sahaja..cuma berkesan di hati Muna sehingga kini & harap sampai bila2...kisahnya cumalah berkaitan dgn perhiasan yang digantung di rumah..Muna percaya, hampir semua rumah kita mempunyai kalimah2 indah seperti ayat seribut dinar, ayat qursi, nama2 Allah, dll yang sewaktu dengannya..Alhamdulillah..satu usaha yang murni dan baik daripada kita menggantung gambar2 yang tiada manfaat dan boleh mendatangkan dosa..bingkai2 tersebut kadang2 boleh mencecah ribuan ringgit. Ukirannya cantik,ditekat dgn benang emas & datang dalam pelbagai versi khat..sangat2 indah..

Tapi..ramai yang alpa..ada sesetengah dari kita yang 'tersalah faham'..membeli pelbagai jenis kalimah2 indah, dengan tujuan untuk 'menyejukkan' rumah, sekadar menggantung di pelbagai sudut, tanpa kita membacanya..malah ada di kalangan kita yang menganggap ia sebagai 'azimat & tangkal' yang boleh melindungi seisi rumah..

Tanpa kita sedar, fungsinya lebih dari itu..yang seharusnya kita buat, bila melihat kalimah tersebut, hati dan bibir turut sama mengucap & melafazkannya..kalimah2 & doa tersebut bukan hanya untuk tontonan, tapi perlu sentiasa kita baca.. inilah yang terbaik. Bagi ada yang mempunyai anak2 kecil, terapkan amalan ini, ajarkan mereka agar sentiasa menyebut & melafazkan kalimah2 dan nama2 Allah yang indah itu..barulah tercetus dan terciptanya bia'h yang solehah, aman & kebahagiaan dalam sesebuah rumah tersebut..ini tak, bingkai2 tersebut hanyalah dipandang sepi..manfaatkanlah setiap peluang dan saat yang ada dengan pengisian yang bermakna..apatah lagi dirumah kita. hidupkanlah dengan syariat Islam..terasa indah & nikmat kehidupan ini..

Takkanlah kita boleh menghabiskan masa berjam2 menonton TV, membaca sarikata yang disediakan, namun tak ada masa langsung untuk kita penuhkan jiwa kita dengan sesuatu yang lebih baik..tak susah. Dongakkan kepala apabila lalu di ruang tamu @ mana2 tempat yang kita gantungkan kalimah indah tersebut, maka baca @ lafazkanlah di dalam hati..dosa pahala, ganjaran semuanya kuasa Allah..kita sebagai hamba, jangan hanya sekadar mengejar amal ibadat yang besar2, sehingga melupakan perkara seperti ini..kerana semua amalan kita, walau sebesar zarah, takkan terlepas dr hisabNya..

Wallahua'lam..ni cumalah secebis coretan dari Muna..tidak ada niat untuk tunjuk pandai @ sebagainya..ambillah ia sebagai peringatan dalam hidup kita - klu nk ingat la :) Sampai sini sahaja dulu pertemuan kita..Namun jika ini pertemuan kita yang terakhir, Muna hulurkan salam kemaafan dari semua..jika terdapat kesalahan dari Muna ye..terima kasih..Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment