Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 19, 2010

Mak......

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat semua pembaca dan yang tidak membaca..hihi...

Hari ni 19 Oktober  2010..tapi Muna bukan nak cerita pasal hari ni, tapi hari semalam, tanggal 18 Oktober 2010, genaplah usia mak 57 tahun..Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak..Muna mewakili adik beradik semua mendoakan agar Mak akan terus diberikan kesihatan yang baik, bahagia bersama suami & anak2 yang sangat mengasihi Mak, serta sentiasa berada di dalam keredhaanNya..

Bonda Norhayati..ketahuilah..kasihmu akan kami kenang sehingga ke akhir hayat..Mak adalah Ibu yang terbaik buat kami..Pengorbananmu melahirkan, membesarkan, memberi pendidikan, menasihati kami, sanggup bersusah demi anak2..Ya Allah..tak terucap dengan kata2, betapa banyaknya jasamu Mak..

Sebak hati mengenangkan calar2 yang telah ku tinggalkan di hatimu Mak..ampunkan anakmu ini..Muna terlalu mengasihimu Mak..namun, Mak tak pernah sekali menyimpan dendam terhadap perbuatan anak2..segalanya diampunkan olehmu dengan hati yang ikhlas....

Walaupun dah besar2 macam ni, masih tak puas mengecap kasih sayang dari Mak..masih mahu terus bermanja dengannya sampailah Mak dah naik bosan :) Namun, Muna tau, itu pasti takkan berlaku..baring bersama2, berselimut sama2, memeluk mak, baring di riba Mak dll..(tak boleh cite lebih2..huhu) Namun, semua ni Muna lakukan bila tinggal Muna , Mak & Abah je kat umah..jatuh la saham klu anak sedara nmpak..haha..lebih teruk, kalau adik beradik Muna tengok..confirm jeles punya..haha..tak la..penangan anak bongsu ni lain sikit..huhu..

Mak..kesenangan dan keselesaan anak2 merupakan keutamaannya..sehinggakan untuk Mak sendiri tak ambil kisah..biar Mak susah, jangan anak2 Mak susah..ohhh.... :(
Mak selalu cakap dengan Muna..mintak2 Allah panjangkan umurnya sampailah Muna kawin..nk sempurnakan majlis anak bongsunya..kalau selepas tu, Mak dah tak ada, sekurang2nya Mak tau, ada orang dh jaga anak dia ni...sebak betul masa tu..terus mengalir air mata ni..mujur masa tu Muna mbelakangkan Mak...sangat2 sedih..... :(

Hmmm..tak sanggup nak meneruskan cerita..terlalu banyak & sudah pasti mengundang juraian air mata..biarlah Muna simpan dan ingat sampai bila2..sempena birthday mak kali ni, kami adik beradik dah sepakat nak hantar Mak Abah pegi bercuti..cuma destinasi belum diputuskan lagi..Mak, Abah, maaf atas segala kekurangan..kami sebagai anak2, akan terus & terus mencuba untuk buat yang terbaik, mengembirakan Mak Abah walaupun kami sedar apa yang kami lakukan, tak akan sama dengan pengorbanan Mak Abah..tapi, dengan keutuhan hubungan kami adik beradik, keharmonian rumah tangga anak2nya, berjaya dalam khidupan masing2 sudah cukup buat mereka....

Sampai di sini sahaja pertemuan kita kali ini...semoga berjumpa lagi..maaf atas segala kekurangan & kesilapan yang telah saya cetuskan..terima kasih ya kerana sudi menyinggah di laman saya :)
Wsalam...

1 comment:

  1. i luv u mak...cpt2 pikir mana tempat best skit..sorila i punye bhgian tak masuk lagi..ada hal yg tak dapat dielakkan..but dont worry i masukkan ujung bulan ni ok..hehe..gudluck 4 exam,buat btel2,jgn bnyk berangan..

    ReplyDelete