Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, June 21, 2010

Abah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Kali ni Muna nak cite pasal Abah tercinta..bersempena la dengan Hari Bapa yang jatuh pada hari ni kan ( hari Ahad, minggu ke 3, bulan Jun ). Ha, sebelum terlupa, Muna ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah /ayah/ papa/ abi/ daddy / apa2 shj gelaran anda yang membaca blog ini..Indah kan perasaan bagi yang sudah mempunyai zuriat..hmm..walaupun Muna belum merasainya, namun dah memadai bila melihat insan lain gembira, lebih2 lagi bila permata hati berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan..walaupun kejayaan yg kecil, umpama melihat anak yang kecil sudah mampu tersenyum ke arah ibu & ayah, sudah pasti membuat ibu & ayah tersenyum kegembiraan.

Muna ingat lagi masa di KUSZA dulu, ustaz Tajuddin yang mengajar Usul Fiqh penah cakap kat kami. Beliau sangat teruja bila anak sulung masuk darjah 1. Melihat anak yang dulunya di dakap & dibelai setiap masa, sudah menyarung uniform sekolah. Perasaan yang sukar digambarkan. Betapa cepat masa berlalu. Lihatlah, belum lagi melangkah ke menara gading..ish3..betapa bangga ayah & ibu terhadap kita kan ? 

Bila bercerita perihal ayah & ibu, hati ni sebak tiba2..perasaan ni bercampur baur. Pelbagai rasa dan kata. Tapi 1 rasa yang pasti..Muna sangat sayang pada abah & mak..Dua insan yang sangat berjasa membesarkan kami 8 orang beradik. Pelbagai dugaan ditempuhi namun rasa kasih dan sabar telah berjaya membentuk kami menjadi apa yang ada pada hari ini..

Abah..Muna sangat bangga padanya..seorang yang sangat sabar. Sangat cinta pada kerjanya sebagai seorang guru..tak pernah jemu mendidik.. Abahlah tempat rujukan kami..dalam apa jua masalah yang berkaitan masalah agama dan jugak Bahasa Arab. Teringat lagi sejarah masa sekolah dulu..kena buat karangan B.arab.. Muna sangat2 malas & suruh Abah yang tolong buatkan. Tapi Abah suruh Muna buat sdri, sbb sampai bila2 Muna takkan pandai kalau tak usaha sendiri..so, apalagi..MERAJUK!!! Nak tak nak, abah tolong buatkan. Melayan anak bongsu yang ngado2. Bila dikenang..sedih jugak..

Sampai sekarang..masih mengharap pertolongan abah..tanya abah maksud, suruh abah syarah..heeee...kadang2 Muna bila dah dapat tgk TV, lalai segala assignment. Tapi Abah yang ingatkan. 'Ha, bila nak buat assignment?'...'Mana yang nak tanya abah?'...kadang2, abah penat, balik dari kebun @ mana2 tempat, masih lagi bersemangat..sampai pkul 12 tgh mlm pun ada..ohhh....Abah a.k.a 'Prof Emeritus'....TERIMA KASIH..

Abah seorang yang kuat semangat..sangat mencintai ilmu..suka mengusik mak dan buat lawak bersahaja..dan Muna tak penah dengar abah buka cerita yang tak elok tentang orang lain..bila kami cerita (ngumpat La) mesti abah kata, sudah2...Abah sangat komited dengan kerja..segala amanah yang diberi, mesti dilunaskan dengan baik.Abah ustaz di sekolah menengah dahulunya. Sekarang dah 10 tahun bersara..abah pernah mengajar Fardhu Ain budak sek ren..ada org cakap..ala, mesti senang, ajar sek ren je..fardhu Ain..ajar yang asas..tapi abah jawab..senang bagi yang suka meremehkan sesuatu..tp agak susah jika kita betul2 berniat nak bagi ajaran tu betul2 meresap dalam jiwa mereka..biarpun masih rebung, namun jika tersilap perkiraan dan memandang remeh, tidak mustahil rebung pun akan rosak..

Abah merupakan model buat Muna..biarpun cuma sedikit waktu merasai kasih sayang insan bergelar bapa (arwah aki meninggal dunia masa abah berumur 8 tahun) tidak membuatkan abah menjadi seorang bapa yang gagal membentuk kami anak2 nya walaupun abah tak sempat melihat mcm mana arwah ayahnya menyayangi & mendidik abah. Mungkin pengalaman mematangkan abah. Di usia yang masih kecil terpaksa berhijrah ke JB demi menuntut ilmu dan meringankan beban wan yang cuma bekerja kampung demi menyara hidup pada masa tu. Hidup bersama keluarga angkat dan kawan2 mungkin mengajar abah peri pentingnya kasih sayang. Kesempitan wang menyebabkan abah tak boleh menyambung pelajaran di bumi arab..namun apa yang membuatkan Muna kagum..biarpun cuma belajar di Maahad di JB, namun abah mampu menguasai Bahasa Arab dengan baik..rahsianya..sentiasa berkomunikasi dalam bahasa tersebut di dalam kelas dan berbual bersama muallim abah..hmmm..anakmu ni tak mampu la bah.. :(

Jika nak diceritakan semuanya, pasti tak tidur Muna malam ni..:) cukuplah ini sahaja..selebihnya biarlah kekal dan terpahat di hati kami adik beradik..Haji Abdullah bin Mat Salleh..ABAH YANG SANGAT2 KAMI SAYANGI..hmm..sempena Hari Bapa..Muna hadiahkan abah 2 buah buku sebab Muna tau, abah sangat suka membaca. 29hb Jun ni hari lahir abah yang ke 65..kami dah berpakat nak hadiahkan baju dan makan malam bersama..hmm..indahnye bila dapat berkumpul..mesti abah & mak lebih lagi kan..melihat ank2 bersama meraikan ulangtahun buat mereka..nah..mudahkan membuat ibu bapa hepi.. :) tapi ada segelintir anak yang lebih suka menyambut sesuatu dan berkongsi bersama teman..terserahlah pada situasi masing2.

Kat bawah ni..hadiah buat abah sempena hari bapa 2010.. :)







ish..merahnye..apa ni...












eh...paper bag ni bergerak le...ngeeeee....















oo...buku.....
















bestnye.....apa judulnye ye...














Bertemu Janji Allah & Lembutkanlah Hatimu...

3 comments:

  1. sungguh syahdu bile bc coretan ni..rindu kt ma abah kt kg...rindu sgt2.SAYANG MA ABAH..semoga ma abah sihat2 selalu...

    ReplyDelete
  2. tak terbalas jasa mak dan abah..terlalu banyak pengorbanan mak dan abah kepada kami adik beradik..dan juga terlalu banyak dosa aku kepada mereka..mak,abah ampunkan dosa arid...

    ReplyDelete
  3. terima kasih buat kekandaku semua..atas pemberian ikhlas dari kamu semua....

    ReplyDelete