Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, June 1, 2010

Program Wawasan Desa

Assalamualaikum..

Kali nie Muna nak kongsi dengan sume pengalaman Muna semasa mengikuti program Rakan muda Wawasan Desa IPT di Kampung Sg. Lang Tengah, Kuala Langat. Program nie berlangsung selama 3 hari 2 mlm (21-23 Mei 2010)..

Rombongan kami sampai di kampung tersebut dalam waktu Asar. Pas solat Asar di masjid, ada taklimat, minum ptg & penyerahan kpd keluarga agkt. Masa tu berdebar jugak, sbb penempatan ditentukan oleh pihak Rakan Muda sdri..tapi mujurlah, bila di umumkan nama, Muna, Zaini, Seila & Ana dapat serumah..kebetulan sgt2..sbb cuma kitorang berempat je masa tu pakai baju kurung, pastu masa masa dgr taklimat, duk sama2..penempatan pun dapat sama..hehe..

Ibu kami ceria sangat orangnya. Ayah agak pendiam..maybe segan kot..anak angkat cun2 belake..haha..perasan..kbtulan anak ibu & ayah x ada kt umah..so kami berempat buat mcm umah sdri..bilik Muna & Zaini ada TV & air-cond..tgkap bilik tu pulak..bila dibuka..terus menghadap pokok mangga yang sedang berbuah lebat..rendah plak tu..ishh..kecur air liur teringat..punya la sedap sampai pkul 12 tgh mlm kami mkn lg buah mangga tu..dlm bilik..haha..x senonoh betoi..umah ibu punya la kemas..lantai berkilat.

Untuk aktiviti bersama penduduk kampung, kami semua bergotong royong, membantu apa yang patut di rumah kenduri kawin..yang lelaki tlg memasak..yg perempuan isi kerepek dlm beg, isi telur..orang Jawa panggil aktiviti gotong royong ni..rewang @ sinoman..klu yang hari knduri yang sbnr dipanggil kondangan..ha, pngantin lelaki & perempuannya budak UIA..suratan & kebetulan....

Ada 2 tanda ingatan yg pelajar UIA tggalkan untuk kg ni..1 mercu tanda-susun batu bata then lekatkan nama UIA..kdua..kami tanam pokok ubi :) senang aje..just cucuk ke dalam tanah..ha, antara aktiviti yang best gak, bila dapat main angklung..seronok..bunyi dia mengasyikkan..kami main 3 lagu, twinkle2 little star, bintang klasik & burung kakak tua.

Kampung ni glemer tau sbb ada slh sorang penduduknya yang dapat anugerah lanskap peringkat kebangsaan..mmg cantik rumahnya. Ada jambatan gantung..ibu bawak kami tgk2 umah tu..tp mlm x jelas sgt..Insyaallah..t ada kesempatan..kami akan ke kampung ni lagi..

Hmmm..mmg banyak nak cerita..tapi nnt ramai yang boring..hehe..apapun..mmg menyeronokkan. terutamanya dapat menjadi ank angkat pada ibu & ayh serta adik beradikku yg 3 org tu..( jgn lupa kenangan melawat 'rumah tok janggut' @ kambing..hehe ).

Ok, sampai sini sahaja cerita Muna..nanti kite jumpa lagi ok dgn cerita yang lain pula..Insyaallah..Assalamualaikum...

1 comment:

  1. hehehe...xpenah ku lupe lawat tok janggut..siap kne ejek ngan bdk2 lg..hehe

    ReplyDelete